December 27, 2010

Biarkan aku jatuh C.I.N.T.A!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.



Korg kalo ader blog mesti ada entry pasal cintan cintun kan mcm gmbr kat atas ni? Mesti la ader! Kan blog is a freedom of speech. Hihi. Oke la aku saje je menulis ni sebab mood dah dtg sambil angin salji sepoi2 tiup tepi tingkap ni. Fuhh! Sungguh sejuk di sini. Skrang ni aku kat Paris dah. Baru semalam sampai dari Rapperswill, Switzerland. Kalo kat Rapperswill ni agaknya mcm pekan la kat mesia. Tapi kat cni pon sumer brg2 brand ader. Hugo Boss, Mac dan macam2 lg. Oke. Dah panjang sgt mengarut tu. Back to the topic. Cinta. Aper itu C.I.N.T.A? Korang taw definisi cinta? Mesti ada yang xtaw sbb aper. Sbb diorg reti buat jer. Xreti nak rasa. Hahaha. Bagi aku cinta ni bukan semata-mata kita cinta kat org kita syg tp pada org tua kita, pada ALLAH terutamanya. Sbb cinta ni satu benda yang global dan sgt luas aspeknya. Plus, benda ni bukan dibuat-buat. Ia datang dengan sendiri. Cuma kena rasa dengan hati. Tapi kalo yang dibuat-buat tu, haaa tu la cinta BUTA. Tak nampak dan tak rasa. Soalan yang selalu aku malas nk jawab adalah...

'Awk mesti dah ada gurlpren. Kan kan kan? Orang macam awak takder..TIPULAH!'

Mmg malas kan nak jawab soklan camtu. Tapi aku pulak yg suka tanya diorg soklan camtu. HAHA. Bukan malas cuma kalo nak jawab aku mesti teringat kisah lama dan lara. Fuhh! Time tu dah macam org gila dah. Nak taw kisahnya? Haaa. Korg jumpa la aku. Call me. Hihi. Aku bukan taknak cerita kat sini. Cuma aku taknak orang pikir aku ni jenis suka mengata orang, mengutuk orang, menabur fitnah. So, biarkanlah kisah ku jadi pengajaran untuk orang lain. Cuma aper yang aku leh cerita. Korang kalo nak berkapel-kapelan, cari sebab yang kukuh untuk berpacaran. Takder sebab takder la masa depan korg. Trust me! I've been through once before. Wahh! Tetiba pelat omputih keluar. Hihihi. Tapi mmg sgt perit aper yang aku lalui seblom ni. Ni aku nak bagitaw korg nape aku nmpk kurus ckit. Orang duk sibuk tanya kan. Aku bukannya pergi exercise, pergi workout ke hape, tapi sebab masa aku ngan dia dulu aku jarang makan. Kadang-kadang aku pernah tertido dalam toilet masa nak mandi sbb penat sgt. Makananku pada ketika itu hanyalah roti, meggi dan nescafe. Kadang-kadang aku minum air suam je sehari. Semuanya kerana dia. Tapi biarlah. Benda dah lama kan. Nak pikir balik pon xguna. Xyah nak sedih-sedih. Bukan dapat award pon. HAHA. Tapi yang paling aku ingat sampai sekarang. Aku penah accident moto kat lebuhraya. Dengan xder lesen, aku kuatkan hati aku untuk pergi jumpa dengan dia naik motor lepas hujan. Mmg jalan time tu agak licin tapi aper yang aku pikir hanya lah DIA. DIA dan DIA! Lepas accident, dengan darah-darah A, O, B, C kuar mencurah-curah seperti air daun keladi, aku pergi jumpa dia. Bagitau, setakat ini sahaja aku berhubungan ngan dia. STOP! Aku dah tak larat dah nak lalui semua ni. Kalau la time tu ALLAH dah seru namaku, memang skrang aku xjumpa la korang dan tak tulis dalam blog ni. Syukur Alhamdulillah. ALLAH masih lagi bagi aku peluang untuk teruskan hidup. Benda ni berlaku selepas aku kehilangan rakan karibku, Napi. Korang mesti ingtkan orang yang aku sebut sebelum ni. Ya! Sebab bila Napi tiada dalam kamus hidupku, aku dah mula hilang arah, tujuan pangkal kayu semua hilang, tapi dialah yang memberi semangat kepadaku untuk teruskan hidup. Pada awalnya ku sangkakan dia dapat menggantikan Napiku, tapi itu semua hanya angan palsu belaka.

Oke. Dah. Cukup la tu. Bnyk lagi sebenarnya aku lalui. Tapi tu adalah sebahagian kisahnya la. Jadi, untuk yang baru nak mula hidup baru, handphone baru, sms baru, cara dressing dgn orang tersayang, first thing is cari SEBAB a.k.a REASON! Sape taknak kan ada pasangan. Sape taknak kan ada permulaan hidup dengan orang yang tersayang. Semua orang nak. Sebab itu ALLAH ciptakan Adam dan Hawa. Kita diciptakan dengan berpasangan. Jadi jangan kata kalau dalam satu perhubungan, lelaki selalu buat hal atau perempuan selalu buat hal. Semua kena timbang elok-elok. Tak ader yang PERFECT dalam dunia ni. Tapi kena ingat...

     'Kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya'

Comelkan si Lisa kita ni! Hihi.

Tengoklah dia punya tema. Sweet kan. Kita walaupun tak sempurna takper. Yang penting kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sebab ALLAH sangat suka orang yang berusaha. Tapi berusaha tu biarlah ke arah POSITIF yer! Hihi.

Meh sini aku nak bagi tips ckit untuk korang kalo nak berpacaran. Wahh! Dah macam ustaz dah aku ni. Hihi. Takperlah just for sharing kan. Kalau ader yang tersilap sama-samalah kita betulkan kan? Bila dah berkenan dekat hati, yang pertama korang kena buat. Tunjuk dulu diorg tu sape dia kat parents korang. Mintak restu, pastu baru la letak effort. Effort tu depends la. Lain orang lain caranya. Ada yang suka pass2 surat. Ada yang suka cakap depan2 jer. Ada yang jenis yang amek hati mak ayah dulu. Ada yang cakap I love you teruslah. Wahh! Gelojoh bebeno budak ni. HAHA. Kalau nak taw lebih text me ya! Bnyk tips leh share. Nak kongsi sini sampai kuar hingus pon xabis. HAHA. 

Ini bila korang dah dapat pikat hati dia la. Korang kena taw apa dia suka dan apa dia tak suka. The most important thing is korang kena tulis. TULIS dan TULIS! Memang agak skema tapi aku rasa inilah cara kalau nak kekalkan hubungan tu. Selalu bagi kejutan kat dia. Macam birthday ke. Congrats sebab dapat result bagus ke. Bagi hadiah sempena anniversary ke. Bagi hadiah hujung bulan ke. Tapi bila dah bagi xyah la direct terus. Letak la dalam kek ke. Air ke. Ataupun korang buat bungee jumping pekik nama dia ke. Atau korang bleh suruh orang dalam restoran tepuk tangan bila korang bagi hadiah ke. Sebab korang kena taw satu benda. Orang pompuan ni dia suka sgt dengan benda-benda sweet. Bukan makanan oke. Action! Haaa. ACTION SPEAK LOUDERS THAN WORDS! Haaa. Kan sweet tu. Hihihi. Plus korang kena pegang 3 benda ni dan buat. 3S dan 3C. Sabar. Sanggup. Sacrifice. Commitment. Consistent. Cooperation.

Oke lah. Aku rasa kalo nak citer pasal cinta, kapel dan sewaktu dengannya memang xhabis. Jadi, kalo ader sebarang pertanyaan, sila hubungi aku yer! 012 tekan tekan no 2. Pandai pon anak Papa ni. Sebelum aku berundur diri meh layan lagu ni Biarkan Aku Jatuh Cinta. Till then. Assalamualaikum.

3 comments:

  1. aauuuww...
    org perantau tringat org kat kg ke..
    ehem3..
    iye2 la tu xde makwe..bersepah agaknye smpi xleh nk pilih..hahaa

    ReplyDelete
  2. shaa : haha. cinta cintun. saje. mengisi masa lapang. hihi. ;p

    jero : hahaha. mano ado. demo xpo kacak lagi bergaya. hihi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...