December 31, 2010

2011. Unexpected. Unanticipated. What A Happy New Year!

Assalamualaikum W.B.T sahabat yang dikasihi sekalian.

video

Sila tekan lagu di atas yer sebelum anda memulakan pembacaan. Hihi.

2011. 1 Januari. Tarikh ini merupakan tarikh keramat kepada semua orang kerana pada hari ini, mereka akan meletakkan satu azam yang cukup kuat, teguh dan utuh dalam hati mereka untuk melakukan yang terbaik untuk tahun itu. Tetapi ada yang tak menjadi. Ada yang menjadi. Semuanya terletak pada minda mereka sendiri. The power of mindset. Mindset. Mindset. Mindset. Yes! Trust me! Kalau mindset korang kuat, insya-ALLAH, apa sahaja korang inginkan termakbul. Tetapi kena ingat, EFFORT is vital. Jangan sekadar bercakap tetapi akhirnya, hangat-hangat tahi ayam sahaja. Haaa macam Dr. Fadzilah Kamjar dah ni. Hahaha.

Oke. Stop untuk ayat skema buat sementara. Kita berbalik kepada topik. Unexpected? Unanticipated? Wahh! Tetiba perasan pandai bahasa Inggeris kan. Padahal teruk nak mampus. Aku bukan aper. Tahun 2010 banyak sangat meninggalkan kenangan buatku membabitkan Napi, A Love, Result Semesters, Family, Friends. 2010 banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan. Banyak mengajar aku erti kasih dan sayang. Banyak mengajar aku erti cinta kepada ALLAH Yang Maha Esa. Banyak dan banyak. Akan tetapi di dalam setiap perubahan yang ingin aku lakukan, ada sahaja kesilapan di antaranya. Aku mahu berubah. Dan berubah. Bukan sahaja untuk diriku. Tetapi juga untuk famili ku, sahabat dan rakan-rakanku dan terutama sekali kepada ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kaya.

Ya. Kalau teringat balik kisah 2010, there are so many things to tell. Love. Friends. Everything. Sebelum aper-aper terjadi, di sini, aku, Mat Ju San, ingin memohon maaf la atas kesilapan dan kesalahan aku kat korang, my own famili and other people who knows me, yang buat korang rasa kurang menyenangkan, sakit hati, bekok (Ni loghat kelate yo), iri hati, dengki and all sorts of negative feelings, please. Forgive me. Forgive me. And forgive me. I'm just a human being dan aku ini adalah manusia tak sempurna, punya hati dan perasaan, keinginan, kesilapan dan tak ader aper-aper keistimewaan, akan tetapi, aku tetap bersyukur, kerana sampai ke hari ini, ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan dan cabaran...

Fuhh! Sori a lil bit emo jap. Hehe. Oke. Untuk tahun baru ini. Aper azam korang? Mesti yang baik-baik kan? Janganlah berazam tak sabo nak 'gomo' anak dara orang plak. Muahaha. Semua orang ader jodoh masing-masing. So, dun wori yer! Just put your effort and then tawakal la. Hihi. Oke. Aku bagitau aper azam aku la yer. Walaupun agak skema dan melampau, tapi ader aku kesah. Muahaha. Jahat sih...

Want to get married soon? Wahh! Ko giler hape. Keje pon blom lagi. Dah gatai nak rasa malam pertama. Muahaha. Tapi yer la kan sape taknak kahwin. Semua orang nak. Tapi tu bukan azam aku untuk tahun ni. Aper yang aku idamkan dah lama dah. Aku teringin nak hantar Mama dan Baba pergi haji dengan duit aku sendiri. Duit yang aku cari sendiri, hasil penat liuh piuh berpeluh aku. Aku taknak pon hantar diorang guna duit diorang. Itulah azam aku buat masa terdekat ni. Sebab benda ni dah lama aku pendam. Dah bertahun-tahun dah. Tapi masih lagi tak dapat. Hurmm. Doa-doakan lah yer. Lepas aku hantar Mama dan Baba aku pergi haji, baru aku nak pikir pasal diri aku. Bagi aku, FAMILI comes first. Tanpa diorang, korang takkan masuk u, dapat scholarship JPA, PTPTN, Yayasan, dapat tidur, dapat makan semua tu. Jadi, balaslah jasa diorang sementara diorang masih ada ni. Jangan tunggu korang grad baru korang nak pikir tu nak pikir ni. Semua dah terlambat waktu tu. Bukan aku mintak benda buruk jadi kat korang. Takder niat pon oke. Cuma aku nak korang pikir aper yang patut korang buat untuk parents korang famili korang. Tak salah kan kalau kita pikir sekarang. Kita hanya merancang, tetapi yang menentukan segala-galanya adalah ALLAH S.W.T...

Tu soal famili. Bagaimana pula dengan suatu perhubungan? Semua orang nak rasa dikasihi dan disayangi. Aku masih ingat lagi kata-kata dari sebuah filem. A Walk To Remember...

     'A LOVE is like a WIND. We can't SEE it. But we can FEEL it...'

Sweet kan ayat di atas ni. Tapi apa yang cuba diberitahu memang betul. Kita memang tak nampak aper itu CINTA sebab dia akan datang dengan sendiri. It's like when you see someone, your heart will start beating at very fast speed. Haa. Camtu lah. Korang akan rasa sendiri. Ya. Aku pon pernah rasa. Sampai sekarang aku rasa aku ada jodoh dengan dia. Tapi disebabkan aku taknak menghancurkan hubungan orang (dia dah ader boipren oke), aku cuba cari bunga yang lain. Tetapi semua tak menjadi. Malah aku yang lebih menderita. Teruk. Sakit. Parah. Lara. Pilu. Pahit. Tiada manisnya. Tapi itu semua aku anggap sebagai satu cabaran. Jadi, sekarang aku pikir, lebih baik stick to the plan. Bukan chopstik yer. Maknanya teruskan hatiku ini dijadikan sebuah permata untuknya walaupun dia tidak bisa melihatnya kerana hatinya sudah lekat dengan orang lain. Aku tak kesah. Yang penting...EFFORT! Kalau tak dapat, takperlah. At least ader jugaklah aku berusaha untuknya. Hihihi.


Sekali kena peluk ngan ayam Jantan + Wolverine. Cis!

Oke. Ini merupakan gambar sebelum menjelangnya tahun 2011. Jahatkan Wolverine tu. Suka-suka jer peluk orang. O.M.G! Euuuwwww! Hihi. Kesimpulan dan bersimpulnya entry ini ialah apa yang aku harapkan, kita semua saling berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik tidak kira di mana sahaja kita berada. Banyak benda yang aku belajar semasa di Paris ni. The culture, communications dan macam-macam lagi. Sebab itu aku berazam bila sahaja pulang ke Malaysia, akan ku cuba untuk aku tunaikan azam ku itu. Insya-ALLAH. Korang tolong doa untuk aku yer! Amin. Okelah. Semoga kita berjumpa lagi di lain lebaran. Dan ingatlah.. 

     'Kehidupan yang gembira tidak wujud dengan paksaan...'

Till then. Assalamualaikum.

December 27, 2010

Biarkan aku jatuh C.I.N.T.A!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.



Korg kalo ader blog mesti ada entry pasal cintan cintun kan mcm gmbr kat atas ni? Mesti la ader! Kan blog is a freedom of speech. Hihi. Oke la aku saje je menulis ni sebab mood dah dtg sambil angin salji sepoi2 tiup tepi tingkap ni. Fuhh! Sungguh sejuk di sini. Skrang ni aku kat Paris dah. Baru semalam sampai dari Rapperswill, Switzerland. Kalo kat Rapperswill ni agaknya mcm pekan la kat mesia. Tapi kat cni pon sumer brg2 brand ader. Hugo Boss, Mac dan macam2 lg. Oke. Dah panjang sgt mengarut tu. Back to the topic. Cinta. Aper itu C.I.N.T.A? Korang taw definisi cinta? Mesti ada yang xtaw sbb aper. Sbb diorg reti buat jer. Xreti nak rasa. Hahaha. Bagi aku cinta ni bukan semata-mata kita cinta kat org kita syg tp pada org tua kita, pada ALLAH terutamanya. Sbb cinta ni satu benda yang global dan sgt luas aspeknya. Plus, benda ni bukan dibuat-buat. Ia datang dengan sendiri. Cuma kena rasa dengan hati. Tapi kalo yang dibuat-buat tu, haaa tu la cinta BUTA. Tak nampak dan tak rasa. Soalan yang selalu aku malas nk jawab adalah...

'Awk mesti dah ada gurlpren. Kan kan kan? Orang macam awak takder..TIPULAH!'

Mmg malas kan nak jawab soklan camtu. Tapi aku pulak yg suka tanya diorg soklan camtu. HAHA. Bukan malas cuma kalo nak jawab aku mesti teringat kisah lama dan lara. Fuhh! Time tu dah macam org gila dah. Nak taw kisahnya? Haaa. Korg jumpa la aku. Call me. Hihi. Aku bukan taknak cerita kat sini. Cuma aku taknak orang pikir aku ni jenis suka mengata orang, mengutuk orang, menabur fitnah. So, biarkanlah kisah ku jadi pengajaran untuk orang lain. Cuma aper yang aku leh cerita. Korang kalo nak berkapel-kapelan, cari sebab yang kukuh untuk berpacaran. Takder sebab takder la masa depan korg. Trust me! I've been through once before. Wahh! Tetiba pelat omputih keluar. Hihihi. Tapi mmg sgt perit aper yang aku lalui seblom ni. Ni aku nak bagitaw korg nape aku nmpk kurus ckit. Orang duk sibuk tanya kan. Aku bukannya pergi exercise, pergi workout ke hape, tapi sebab masa aku ngan dia dulu aku jarang makan. Kadang-kadang aku pernah tertido dalam toilet masa nak mandi sbb penat sgt. Makananku pada ketika itu hanyalah roti, meggi dan nescafe. Kadang-kadang aku minum air suam je sehari. Semuanya kerana dia. Tapi biarlah. Benda dah lama kan. Nak pikir balik pon xguna. Xyah nak sedih-sedih. Bukan dapat award pon. HAHA. Tapi yang paling aku ingat sampai sekarang. Aku penah accident moto kat lebuhraya. Dengan xder lesen, aku kuatkan hati aku untuk pergi jumpa dengan dia naik motor lepas hujan. Mmg jalan time tu agak licin tapi aper yang aku pikir hanya lah DIA. DIA dan DIA! Lepas accident, dengan darah-darah A, O, B, C kuar mencurah-curah seperti air daun keladi, aku pergi jumpa dia. Bagitau, setakat ini sahaja aku berhubungan ngan dia. STOP! Aku dah tak larat dah nak lalui semua ni. Kalau la time tu ALLAH dah seru namaku, memang skrang aku xjumpa la korang dan tak tulis dalam blog ni. Syukur Alhamdulillah. ALLAH masih lagi bagi aku peluang untuk teruskan hidup. Benda ni berlaku selepas aku kehilangan rakan karibku, Napi. Korang mesti ingtkan orang yang aku sebut sebelum ni. Ya! Sebab bila Napi tiada dalam kamus hidupku, aku dah mula hilang arah, tujuan pangkal kayu semua hilang, tapi dialah yang memberi semangat kepadaku untuk teruskan hidup. Pada awalnya ku sangkakan dia dapat menggantikan Napiku, tapi itu semua hanya angan palsu belaka.

Oke. Dah. Cukup la tu. Bnyk lagi sebenarnya aku lalui. Tapi tu adalah sebahagian kisahnya la. Jadi, untuk yang baru nak mula hidup baru, handphone baru, sms baru, cara dressing dgn orang tersayang, first thing is cari SEBAB a.k.a REASON! Sape taknak kan ada pasangan. Sape taknak kan ada permulaan hidup dengan orang yang tersayang. Semua orang nak. Sebab itu ALLAH ciptakan Adam dan Hawa. Kita diciptakan dengan berpasangan. Jadi jangan kata kalau dalam satu perhubungan, lelaki selalu buat hal atau perempuan selalu buat hal. Semua kena timbang elok-elok. Tak ader yang PERFECT dalam dunia ni. Tapi kena ingat...

     'Kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya'

Comelkan si Lisa kita ni! Hihi.

Tengoklah dia punya tema. Sweet kan. Kita walaupun tak sempurna takper. Yang penting kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sebab ALLAH sangat suka orang yang berusaha. Tapi berusaha tu biarlah ke arah POSITIF yer! Hihi.

Meh sini aku nak bagi tips ckit untuk korang kalo nak berpacaran. Wahh! Dah macam ustaz dah aku ni. Hihi. Takperlah just for sharing kan. Kalau ader yang tersilap sama-samalah kita betulkan kan? Bila dah berkenan dekat hati, yang pertama korang kena buat. Tunjuk dulu diorg tu sape dia kat parents korang. Mintak restu, pastu baru la letak effort. Effort tu depends la. Lain orang lain caranya. Ada yang suka pass2 surat. Ada yang suka cakap depan2 jer. Ada yang jenis yang amek hati mak ayah dulu. Ada yang cakap I love you teruslah. Wahh! Gelojoh bebeno budak ni. HAHA. Kalau nak taw lebih text me ya! Bnyk tips leh share. Nak kongsi sini sampai kuar hingus pon xabis. HAHA. 

Ini bila korang dah dapat pikat hati dia la. Korang kena taw apa dia suka dan apa dia tak suka. The most important thing is korang kena tulis. TULIS dan TULIS! Memang agak skema tapi aku rasa inilah cara kalau nak kekalkan hubungan tu. Selalu bagi kejutan kat dia. Macam birthday ke. Congrats sebab dapat result bagus ke. Bagi hadiah sempena anniversary ke. Bagi hadiah hujung bulan ke. Tapi bila dah bagi xyah la direct terus. Letak la dalam kek ke. Air ke. Ataupun korang buat bungee jumping pekik nama dia ke. Atau korang bleh suruh orang dalam restoran tepuk tangan bila korang bagi hadiah ke. Sebab korang kena taw satu benda. Orang pompuan ni dia suka sgt dengan benda-benda sweet. Bukan makanan oke. Action! Haaa. ACTION SPEAK LOUDERS THAN WORDS! Haaa. Kan sweet tu. Hihihi. Plus korang kena pegang 3 benda ni dan buat. 3S dan 3C. Sabar. Sanggup. Sacrifice. Commitment. Consistent. Cooperation.

Oke lah. Aku rasa kalo nak citer pasal cinta, kapel dan sewaktu dengannya memang xhabis. Jadi, kalo ader sebarang pertanyaan, sila hubungi aku yer! 012 tekan tekan no 2. Pandai pon anak Papa ni. Sebelum aku berundur diri meh layan lagu ni Biarkan Aku Jatuh Cinta. Till then. Assalamualaikum.

video

December 21, 2010

My First Time!

Assalamualaikum W.B.T rakan - rakan sekalian.

Seblom aku bercerita, aku nak mohon maaf pasal lama sgt dah update walaupun 2 3 hari jer xonline. Hihi. Oke. Can't you all see the title below? It's about My First Time. Wahhh! Tetiba cakap pelat omputih. Haha. Mesti korang ingt kalau sebut pasal My First Time ni, korang mesti pikir ke arah tu kan. Yellow btul la otak korang ni. Kalau taip google pon mesti kuar benda tu kan. Hahaha. Sebenarnya skang ni aku ngah holiday bersama kazen aku sorg ni. Famili dia yang support. So, I took the chance la kan. Bila lagi nak merasa duk obersi. Ini mungkin yang pertama kali atau terakhir bagi aku. Aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat merasai nikmat duduk di negara orang walaupun sekejap. I never thought that I will set my foot here. Tapi bagi aku, ini satu pengalaman yang takkan aku lepaskan setiap saat aku berada di sini. Yer la aku ni bukan golongan orang kaya-kaya. Sepupu aku tu mmg la kaya. Tak kaya macam mana. Bapak dia pakai Lambo. Tender berjuta-juta sekali dapat. Tapi famili aku xmacam dia. Nak kata pergi obersi jangan haraplah, nak pergi Genting pon xlepas. Tapi aku tetap bersyukur kerana dilahirkan dalam famili yang sederhana. Hihi. Kat bawah ni gmbr-gmbr aku snap masa sampai dan sepanjang hari ni. Aku sampai tepat jam 6.40 pagi waktu _ _ _ _ _. Haa cuba teka aku duk mana. Malaisie bonjour!









Oke la tu. Nnt kang bnyk2 korg meluat plak. Haha. Gmbr yang len leh tgk kat fesbuk aku ye! Haa. Nak cerita pasal org French ni. Lepas je aku turun pada pukul 6.40 pagi tu, aku nek 2 train. Satu sky train satu lagi express train. Dia ada nama dia sebenarnya, tapi tu kalo nk bezakan antara train di sini la. Mmg ssh skit nk ckp english kat cni sbb org cni hanya prefer bahasa diorg je. Nak kata sombom. Ada la gak ckit. Tapi once kita mesra ngan diorg, diorg mmg frenly. Tmpt yg aku stay skang nama dia Ch√Ętelet – Les Halles. Mmg sgt ssh nak sebut tapi nama pon dah belajar kan. Aku pon belajar gak la serba sedikit bahasa diorg ni. Merci, Oui, Bonjour, Sante, Ca Va Bien dan macam-macam lagi la. 23 Dec ni aku akan ke Switzerland plak. Hihi. Doakan aku selamat ye rakan-rakan kesayanganku! Kepada yang sudah mengirim barang atau link kat aku untuk tolong beli, insya-ALLAH aku akan tolong sampaikan. Tetapi doakan la ye barang-barang murah. Sebab arini pon aku tak beli papepon lagi. Nak tunggu betul-betul sale. Oghe kelate oyak Hero tok gadoh! Hehe. Till then. Assalamualaikum.

video

December 16, 2010

Korang minat M.E.M.A.S.A.K?

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakanku sekalian.

Memasak. Dalam bahasa omputih nyer adalah 'Cooking'. Aku nak tny korang lah kan. Korang rasa orang laki patut tahu x pasal masak-memasak ni? Ada setengah member-member aku ckp memasak ni keje org pondan la, keje pompuan la, keje nak patah tangan la. Tapi kan, bagi aku kan memasak tu penting jugak la. Cuba bayangkan. Bayang je k. Kalo isteri korg keje balik smpi lewat malam. Korg balik awal. Anak-anak duk kelaparan. Takkan la keje nak bazir duit je makan kat luar. Bila dah masuk alam rumah tangga tiang sumer ni, duit bnyk pakai woo! Banana will not fruit two times. Ader paham? Aper salahnya korg belajar memasak. Yang simple suda kan. Sila layari album saya di Fesbuk. Let's Cook Part 1. Hihi. Kat bawah ni contoh yang aku reti la jugak buat. Haha. Poyo je lebih kan...








Sedangkan tikus pon reti memasak. Takkan la kita yang mempunyai akal yang tinggi, xleh kot nak masak simple. Aku suka tgk citer Ratatouile ni. Sebab ada scene dalam citer dia buat aku tertarik..

'Not everyone can be a great artist, but a great artist can come from everywhere'

Aku suka sgt ayat kat atas ni. Mmg teransang la jugak. Hehe. Member aku pon penah pesan. Pesan ka. Ntah la. Dia cakap kalo laki ni pandai masak. Wow! So sweeeeetttt sgggtttt! Aku pon xpaham gak sweet tu datang dari mana. Mulut dia jer kot. Haha. Anyway, kalo korg ada resipi yang nak dikongsi, jangan segan, jangan malu dan jangan telanjang. Oppss! Jom kita belajar bersama. Till then. Assalamualaikum.

December 14, 2010

Aku dah T.U.A?

Assalamualaikum W.B.T sahabat sekalian.


Korang nmpk kan perkataan kat atas tu? Ya, it's Happy Birthday! Aku dah lama xsambut bufday aku ni. Last skali aku sambut menyambut masa sekolah rendah. Xsilap aku masa darjah 3 rasanya yang last sekali. Sedih kan. Dah hampir 11 tahun xcelebrate. Tiap-tiap tahun aku just terima wish je. Tetiba mood sedih. Hehe. Sebenarnya, aku sedih sebab selalunya kalau bufday aku, aku selalu kuar ngan member yang tak pernah ku lupa sepanjang hidupku walaupun dia sudah pergi...


Namanya Napi. Meh aku citer ckit aper yg istimewa pasal Napi. Dulu masa aku kawan ngan dia, aku xperasan pon yang dia ni amek berat pasal aku. Aku kawan ngan dia sejak sekolah menengah lagi. Pastu, dia sambung MRSM aku SBP. Kemudian, kiteorg berjumpa balik kat matrik KMKN. Start dari situlah aku rapat ngan dia sampai alam universiti, tapi yang bezanya aku study UM dia sambung kat Uitm Shah Alam. Sewaktu aku belajar di UM, dia lah yang slalu call aku, lawat aku, ajak aku kuar malam. Tiap-tiap minggu dia amek taw pasal aku. Itu yang buat aku rapat ngan dia. Start duk universiti la aku baru aku perasan betapa sayangnya dia kat aku. Tapi apakan daya, umurnya tak panjang. Dia pergi meninggalkan aku dan rakan-rakanku pada 22 Oktober 2009. Dah hampir setahun lebih dia pergi. Tapi memori dia bersama aku takkan ku lupa seumur hidup. Aku janji! Walaupun sekarang aku ader ramai kawan, tapi aku rasa masih kosong dalam jiwaku sebab ketiadaan Napi. Sampai sekarang aku belum jumpa pengganti Napi untuk aku. Aku pernah cuba mencari, tapi semuanya hangat-hangat tahi itik...

Mengalir air mataku bila aku menulis entry ini. Tak mengapalah. Itu sudah suratan takdir. Yang pergi tetap pergi kan. Al-Fatihah untuk dia.

Oke, berbalik kepada tajuk aku. Aku dah TUA? Haha. Takderlah tua sangat kan. Baru nak masuk umur 21 beb! Hihihi. Tapi yer la kan kalau pikir-pikir balik terasa cepat sangat cepat masa berlalu. Macam bawak lambo pon ader. Selama 21 tahun ni la, macam-macam benda berlaku dalam hidupku. Ader berkait ngan famili, kawan mahupun rakan yang baru kenal. Kadang-kadang tu terpikir gak kalau la ader awek skang leh gak celebrate. Tapi apakan daya. Xder sorang pon lekat ngan aku. Hahaha. Macam playboy pon ada gak kan. No la. Aku xpenah nak tipu dayakan hati sorg pompuan. Wahh! Macam baik sgt la bunyinya. Haha. Manusia ni kan xsempurna. Tapi dalam ketidaksempurnaan itu kita mestilah lakukan yang ter-B.A.I.K punya untuk diri kita dan juga orang len. Btul x? Xbtul angguk je la ye! :D

Kepada kaum Hawa yang ingin mendekatiku, aku JANJI padamu, akan ku jagamu seperti daun hempedu yang segar dimakan, bak sirih yang dihiris halus, ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung kita buat kek la ye! Oke kan peribahasa ni. Konpem straight A. Haha. Itu sajelah setakat ni kata-kata hikmahku. Kepada yang lahir sama tarikh ngan aku, iaitu 15 December 1989, 'Selamat Hari Lahir' ye! Semoga hidup anda sentiasa di bawah lindungan Ilahi. Till then. Assalamualaikum. ;)

video

December 13, 2010

Cantiknya wanita B.E.R.T.U.D.U.N.G!

Assalamualaikum W.B.T saudara-saudari sekalian.


Sebentar tadi aku tgk Program : Selami Jiwa Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau berbicara mengenai tudung. Persoalannya, adakah tudung itu sekadar fesyen atau tuntutan agama. Bagi korang camne? Aku pun kadang-kadang terpikir gak pasal benda ni. Yer la mana taknya sekarang ni kita boleh tengok macam-macam gaya tudung ada. Tapi yang peliknya, perempuan ni bertudung tapi masih lagi buka aurat. Haaa camne tu. Maksud aku diorg still pakai menjolok mata macam pakai tudung tapi pakai skirt. Pelik kan. Korang bayangkan la sendiri camne. Bagi aku, bertudung itu satu hidayah dari Allah kepada kaum Hawa untuk menjaga auratnya tidak kira bila dan di mana sahaja dia berada. Tapi kaum Adam pon janganlah sombong sangat cakap yang tak pernah bukak aurat. Tepuk dada tanya selera. Eh! btul ke peribahasa aku? Ntah la. Bantai je. Baca hadis kat bawah ni...

     'Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

     'Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Haaa. Kaum Adam pon janganlah sombom sangat kata xpernah bukak aurat kan. Sbb aku sendiri pon pernah. Hihihi. Tapi bila dah tutup tu janganlah pulak tiru gaya pompuan. Tgk la macam dia kat bawah ni...

Rosak dah budak ni. Hahaha!

Untuk pengetahuan korang, aku mmg sgt very much suka pada wanita bertudung + dia bergaya ngan tudung dia tu. Sekarang kan ramai pompuan pakai shawl, selendang yang corak cantik-cantik tu. Suka sangat tgk diorg bergaya camtu sebab buat aku tersenyum sorang-sorang. Haa macam tu la kalo nak bergaya. Baru style. Hehehe. Contohnya macam salah sorg member aku ni...

Camni kan lawa.

Apa-apa pun. Kalau nak bertudung biarlah datang dengan kehendak sendiri, bukannya dengan paksaan. Sebab ape. Sebabnya Mat Ju San xsuka paksa-paksa ni. Tengok la sendiri ayat kat atas tu.

     'Kehidupan yang gembira tidak wujud dengan paksaan...'

Till then. Assalamualaikum. ;)

video


December 12, 2010

Aku.Kak Ann.Dan Memori.

Assalamualaikum W.B.T sahabat sekalian.

Situasi : Umurku 12 tahun. (UPSR la ye!)
Kalo nak cerita kisah aku masa aku 12 tahun ni mmg bnyk. Tapi aku cerita yang part best la kan. Tak tau la best x untuk korg. Nama pon cerita kan. Kalo kita sebut zaman budak-budak mmg ada yang nakal ada yang skema. Tapi aku dulu ada dua-dua. S.K.E.M.A pon ada. N.A.K.A.L pon ada. Dulu aku penah minat sorg cikgu ni. Ustazah la kirakan sbb dia mengajar PAI. Paham-paham sndri la ye aper tu PAI. Kalo abis je waktu kelas dia. Aku mesti belikan dia air kopi 50 sen. Mahal tu. Masa budak-budak dulu 2 hinggit pon dah kira kenyang. Tak macam sekarang. Budak-budak sekolah rendah pon dah pandai pakai I-phone. Oke balik kepada ustazah tu. Ustazah ni mmg rajin orangnya. Nama dia aku panggil Kak Ann sbb dia suh aku panggil nama tu. Lagi pon dia muda lagi. Tak silap aku umurnya time tu dalam 18 kot. Ntah la. Tak berapa nak ingat. Muka dia ala-ala cam pelakon Fida tu. 

December 11, 2010

Because he is Mat-Ju-San!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.

     Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya xpernah ber-blogging pun sblom ni sebab blogger kan mesti kena update hari-hari dan otak mesti kena sarat dengan idea bernas + aku PEMALAS! Haha. Actually, (wah! tetiba ckp omputih), member-member aku yang suh aku bercerita melalui blog. Aku xbnyk citer pon. Tapi apa yang aku leh citer sumer kebanyakan berdasarkan aku punya pengalaman dan nak bagi korg taw, aku memang xsuka orang yang...

H.I.P.O.K.R.I.T

     Orang hipokrit ni dia sgt suka citer bnd dia yang xpenah alami. Bagi aku, habit yang mcm ni patut  xada. Boleh memecahbelahkan masyarakat woo! Sblom aku mengakhiri perbahasan ini (skemanya ayat! puff!), nak bagitaw ckit la pasal aku ni ye...

Panggilan : Ju, Mat Ju, San
Lahir pada : 15 December 1989 (siapkan lah hadiah ckit utk aku..dah lama xmerasa ni)

     Haaa. Itu jer la. Haha. Nak taw details. Call me. Jika aku ter-post benda-benda yang buat korang xsedap hati, badan, telinga, muka, ketuat, maap bebnyk la yer! Aku hanya insan biasa. Jangan salahkan ibu mengandung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...