December 13, 2010

Cantiknya wanita B.E.R.T.U.D.U.N.G!

Assalamualaikum W.B.T saudara-saudari sekalian.


Sebentar tadi aku tgk Program : Selami Jiwa Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau berbicara mengenai tudung. Persoalannya, adakah tudung itu sekadar fesyen atau tuntutan agama. Bagi korang camne? Aku pun kadang-kadang terpikir gak pasal benda ni. Yer la mana taknya sekarang ni kita boleh tengok macam-macam gaya tudung ada. Tapi yang peliknya, perempuan ni bertudung tapi masih lagi buka aurat. Haaa camne tu. Maksud aku diorg still pakai menjolok mata macam pakai tudung tapi pakai skirt. Pelik kan. Korang bayangkan la sendiri camne. Bagi aku, bertudung itu satu hidayah dari Allah kepada kaum Hawa untuk menjaga auratnya tidak kira bila dan di mana sahaja dia berada. Tapi kaum Adam pon janganlah sombong sangat cakap yang tak pernah bukak aurat. Tepuk dada tanya selera. Eh! btul ke peribahasa aku? Ntah la. Bantai je. Baca hadis kat bawah ni...

     'Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

     'Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Haaa. Kaum Adam pon janganlah sombom sangat kata xpernah bukak aurat kan. Sbb aku sendiri pon pernah. Hihihi. Tapi bila dah tutup tu janganlah pulak tiru gaya pompuan. Tgk la macam dia kat bawah ni...

Rosak dah budak ni. Hahaha!

Untuk pengetahuan korang, aku mmg sgt very much suka pada wanita bertudung + dia bergaya ngan tudung dia tu. Sekarang kan ramai pompuan pakai shawl, selendang yang corak cantik-cantik tu. Suka sangat tgk diorg bergaya camtu sebab buat aku tersenyum sorang-sorang. Haa macam tu la kalo nak bergaya. Baru style. Hehehe. Contohnya macam salah sorg member aku ni...

Camni kan lawa.

Apa-apa pun. Kalau nak bertudung biarlah datang dengan kehendak sendiri, bukannya dengan paksaan. Sebab ape. Sebabnya Mat Ju San xsuka paksa-paksa ni. Tengok la sendiri ayat kat atas tu.

     'Kehidupan yang gembira tidak wujud dengan paksaan...'

Till then. Assalamualaikum. ;)



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...