Assalamualaikum W.B.T sahabat yang dikasihi sekalian.
Sila tekan lagu di atas yer sebelum anda memulakan pembacaan. Hihi.
2011. 1 Januari. Tarikh ini merupakan tarikh keramat kepada semua orang kerana pada hari ini, mereka akan meletakkan satu azam yang cukup kuat, teguh dan utuh dalam hati mereka untuk melakukan yang terbaik untuk tahun itu. Tetapi ada yang tak menjadi. Ada yang menjadi. Semuanya terletak pada minda mereka sendiri. The power of mindset. Mindset. Mindset. Mindset. Yes! Trust me! Kalau mindset korang kuat, insya-ALLAH, apa sahaja korang inginkan termakbul. Tetapi kena ingat, EFFORT is vital. Jangan sekadar bercakap tetapi akhirnya, hangat-hangat tahi ayam sahaja. Haaa macam Dr. Fadzilah Kamjar dah ni. Hahaha.
Oke. Stop untuk ayat skema buat sementara. Kita berbalik kepada topik. Unexpected? Unanticipated? Wahh! Tetiba perasan pandai bahasa Inggeris kan. Padahal teruk nak mampus. Aku bukan aper. Tahun 2010 banyak sangat meninggalkan kenangan buatku membabitkan Napi, A Love, Result Semesters, Family, Friends. 2010 banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan. Banyak mengajar aku erti kasih dan sayang. Banyak mengajar aku erti cinta kepada ALLAH Yang Maha Esa. Banyak dan banyak. Akan tetapi di dalam setiap perubahan yang ingin aku lakukan, ada sahaja kesilapan di antaranya. Aku mahu berubah. Dan berubah. Bukan sahaja untuk diriku. Tetapi juga untuk famili ku, sahabat dan rakan-rakanku dan terutama sekali kepada ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kaya.
Ya. Kalau teringat balik kisah 2010, there are so many things to tell. Love. Friends. Everything. Sebelum aper-aper terjadi, di sini, aku, Mat Ju San, ingin memohon maaf la atas kesilapan dan kesalahan aku kat korang, my own famili and other people who knows me, yang buat korang rasa kurang menyenangkan, sakit hati, bekok (Ni loghat kelate yo), iri hati, dengki and all sorts of negative feelings, please. Forgive me. Forgive me. And forgive me. I'm just a human being dan aku ini adalah manusia tak sempurna, punya hati dan perasaan, keinginan, kesilapan dan tak ader aper-aper keistimewaan, akan tetapi, aku tetap bersyukur, kerana sampai ke hari ini, ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan dan cabaran...
Fuhh! Sori a lil bit emo jap. Hehe. Oke. Untuk tahun baru ini. Aper azam korang? Mesti yang baik-baik kan? Janganlah berazam tak sabo nak 'gomo' anak dara orang plak. Muahaha. Semua orang ader jodoh masing-masing. So, dun wori yer! Just put your effort and then tawakal la. Hihi. Oke. Aku bagitau aper azam aku la yer. Walaupun agak skema dan melampau, tapi ader aku kesah. Muahaha. Jahat sih...
Want to get married soon? Wahh! Ko giler hape. Keje pon blom lagi. Dah gatai nak rasa malam pertama. Muahaha. Tapi yer la kan sape taknak kahwin. Semua orang nak. Tapi tu bukan azam aku untuk tahun ni. Aper yang aku idamkan dah lama dah. Aku teringin nak hantar Mama dan Baba pergi haji dengan duit aku sendiri. Duit yang aku cari sendiri, hasil penat liuh piuh berpeluh aku. Aku taknak pon hantar diorang guna duit diorang. Itulah azam aku buat masa terdekat ni. Sebab benda ni dah lama aku pendam. Dah bertahun-tahun dah. Tapi masih lagi tak dapat. Hurmm. Doa-doakan lah yer. Lepas aku hantar Mama dan Baba aku pergi haji, baru aku nak pikir pasal diri aku. Bagi aku, FAMILI comes first. Tanpa diorang, korang takkan masuk u, dapat scholarship JPA, PTPTN, Yayasan, dapat tidur, dapat makan semua tu. Jadi, balaslah jasa diorang sementara diorang masih ada ni. Jangan tunggu korang grad baru korang nak pikir tu nak pikir ni. Semua dah terlambat waktu tu. Bukan aku mintak benda buruk jadi kat korang. Takder niat pon oke. Cuma aku nak korang pikir aper yang patut korang buat untuk parents korang famili korang. Tak salah kan kalau kita pikir sekarang. Kita hanya merancang, tetapi yang menentukan segala-galanya adalah ALLAH S.W.T...
Tu soal famili. Bagaimana pula dengan suatu perhubungan? Semua orang nak rasa dikasihi dan disayangi. Aku masih ingat lagi kata-kata dari sebuah filem. A Walk To Remember...
'A LOVE is like a WIND. We can't SEE it. But we can FEEL it...'
Sweet kan ayat di atas ni. Tapi apa yang cuba diberitahu memang betul. Kita memang tak nampak aper itu CINTA sebab dia akan datang dengan sendiri. It's like when you see someone, your heart will start beating at very fast speed. Haa. Camtu lah. Korang akan rasa sendiri. Ya. Aku pon pernah rasa. Sampai sekarang aku rasa aku ada jodoh dengan dia. Tapi disebabkan aku taknak menghancurkan hubungan orang (dia dah ader boipren oke), aku cuba cari bunga yang lain. Tetapi semua tak menjadi. Malah aku yang lebih menderita. Teruk. Sakit. Parah. Lara. Pilu. Pahit. Tiada manisnya. Tapi itu semua aku anggap sebagai satu cabaran. Jadi, sekarang aku pikir, lebih baik stick to the plan. Bukan chopstik yer. Maknanya teruskan hatiku ini dijadikan sebuah permata untuknya walaupun dia tidak bisa melihatnya kerana hatinya sudah lekat dengan orang lain. Aku tak kesah. Yang penting...EFFORT! Kalau tak dapat, takperlah. At least ader jugaklah aku berusaha untuknya. Hihihi.
Sekali kena peluk ngan ayam Jantan + Wolverine. Cis!
Oke. Ini merupakan gambar sebelum menjelangnya tahun 2011. Jahatkan Wolverine tu. Suka-suka jer peluk orang. O.M.G! Euuuwwww! Hihi. Kesimpulan dan bersimpulnya entry ini ialah apa yang aku harapkan, kita semua saling berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik tidak kira di mana sahaja kita berada. Banyak benda yang aku belajar semasa di Paris ni. The culture, communications dan macam-macam lagi. Sebab itu aku berazam bila sahaja pulang ke Malaysia, akan ku cuba untuk aku tunaikan azam ku itu. Insya-ALLAH. Korang tolong doa untuk aku yer! Amin. Okelah. Semoga kita berjumpa lagi di lain lebaran. Dan ingatlah..
'Kehidupan yang gembira tidak wujud dengan paksaan...'
Till then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment