Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.
Sudah sekian lama aku tak meng-update kan blog aku ni. Sorilah yer. Sejak aku baru balik dari ehmmm ehemmm ni banyak plak keje kena wat. Ini pon aku tak tido lagi. Tengah tolong keje opis ayah aku. Oke. Berbalik kepada tajuk entri aku kali ini. 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti'. Haaa dah macam citer P. Ramlee kan. Tapi lagu dia memang best.
Kan layan tu. Sebab itulah sampai sekarang orang masih salute beliau. Orait. Sekarang berbalik lagi kepada tajuk di atas. Aku sengaja tulis tajuk itu kerana ada maksud tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Korang mesti ada kan memori masa kecik, masa sekolah, masa universiti dan terutamanya waktu dengan famili dan juga sedara mara. Aku pon macam korang. Banyak memori yang sedih, gembira, luka, pahit, manis, tawar, masam sewaktu aku kecik mahupun sekarang. Cuba korang ingat balik segala memori tu. Duduk atas kerusi patah. Pastu tengok bulan. Perghh! Mesti layan abis kan. Aku memang camtu. Ini mungkin habit aku yang korang xtaw kot. Kot la kan. Aku memang suka waktu orang tgh sakan buang taik mata. Aku keluar umah. Duduk. Tengok bulan yang cerah. Kemudian, otak aku dah mula start engine.
Aku termenung. Kemudian, hatiku berkata...
Siapalah aku akan kahwin nanti?
Kalaulah Napi ada skrang kan best. Leh jugak lepak-lepak dengan dia.
Macamanalah yer rasanya bila dah ader famili sendiri?
Bini aku pasni mesti mintak macam-macam punya. Duit lagi!
Itulah antara sebahagian rintihan hatiku kalau aku kuar jalan-jalan sorang diri di waktu malam. Banyak sebenarnya bermain di fikiranku...
Perghh! Sedap plak Maggi Goreng ni. Korang kena tahu setiap pergerakan, percakapan dan juga perbuatan adalah memori yang korang cipta sendiri. Korang marah, itu memori. Korang gelak, itu pon memori. Sebab aper kita perlu ada memori. Memori la merapatkan hubungan antara kita semua. Tak percaya? Cuba baru tahu. Tapi janganla pasni korang suka-suka jer marah orang. Itu bukan memori. Itu cari pasal tu. Haha. Sebab memori ini tidak akan datang 2 3 kali. Jadi, jangan sia-siakan memori tu. Memorilah merupakan perintis untuk kita meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini. Wahh! Tetiba bermadah plak yer. Hihi.
Pernah x korang terfikir pada satu ketika, korang sudah tiada di dalam dunia ini. Mesti pernah kan? Rasa takut kan? Aku pon sama. Pernah aku terbayang kalau aku tak ader lagi di dunia ini. Macamana dengan familiku, rakan-rakanku dan sahabat handai yang jauh nun di sana. Mesti diorang sedih. Entahlah. Aku pon xpernah mengharapkan air mata sesiapa. Cuma aper yang aku harapkan doa korang semua. Yer la kan. Kita pon tak tau bila kita dipanggil. Jadi, tawakal jer la.
Oke. Senyum. Jangan serius sangat. Itu sebagai peringatan jer. Dalam suka dan duka, perlu ada keprihatinan sebab kalo takder, ia akan jadi terlebih suda. Haa bila dah terlebih mula manusia hilang timbangan ukur sukat baju sumer untuk mencari satu konklusi. Dahsyat! Macam abang kita kat bawah ni. Eh dahsyat la!
Jadi, kalo korang nak ada memori sendiri, cubalah bergaul dengan rakan-rakan. Bercerita. Buat benda-benda yang buat korang happy. Sebab kenangan ini takkan berulang banyak kali supaya kita tak rasa diri kita keseorang, kebimbangan dan juga kesedihan. Apa-apa pon, jangan biarkan hidup anda diselebungi...bukan MISTERI. Tapi...Eh aku lupa la! Dahsyat! Till then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment