January 22, 2011

Jangan Menangis Yer, Sayang!


Assalamualaikum W.B.T sahabatku yang disayangi sekalian.

Korang masih ingat cerita si Amar? Ala, yang aku post sebelum ni. Check la balik yer! Meh aku sambung balik citer dia. Layann! Zasss!

     Hari makin gelap. Aku keseorangan di stesen bas. Kelas hari ini agak lewat la abis. Kawan-kawan aku yang lain semuanya loaded. Pakai kereta. Pakai motor besar. Tapi aku hanya menggunakan public transport untuk ke kuliah. Biasalah. Orang miskin kan. Aku nak bagitaw bahawasanya kali ini aku terasa buat perkara yang bodoh sangat. Ceritanya camni. Waktu aku menunggu bas di tempat yang sama, waktu yang agak-agak lewat, dalam lepas maghrib camtu, dia..ader jugak di tempat aku menunggu bas. Patutlah bau perfume aku kenal jer. Korang tak tau ke sape? Ayu lah! Sape lagi yang aku minat. Hehe. Agak malu la jugak nak tego. Tapi akhirnya...

     "Eh, Amar! Awak rupanya. Tak tego pon saya. Sampai hati awak. Hehe. Mana hadiah saya wak?"
     "....Hurmm. Ala awak kan femes, lawa. Siapalah saya nak tego dan bagi hadiah kat awak?"
     "Ala awak ini. Cakap macam tu plak. Hurmm. Apesal sombom sangat ni? Takpe la. Saya balik dulu la. Malas la nak layan orang macam awak ni. Pfftt!"

     Korang tau tak? Itulah benda paling bodoh aku pernah buat. Dah elok-elok dia tego aku. Aku EGO la plak. Haishh! Memang betul la orang cakap. Lelaki ini kuat ego. Memang tak dinafikan. Rasa macam bodoh yang teramat. Dah dapat peluang tu, leh pulak terlepas camtu jer. Hahhhh! Damnnn! Aperlah nak jadi dengan aku ni? Hurmm. Ya ALLAH! Berikanlah aku kekuatan...

     10.30 pagi. Aku lihat dia dengan senyuman. Dia lihat aku dengan kemuraman. Mungkin sebab semalam aku telah melukakan hati dia..kot. Tak yah nak 'kot' sangatlah. Memang aku yang silap. Pagi tu memang kelas kiterorg tak berapa nak pack or in other words padat. So, memang senanglah aku nak usha dia. Aku baru perasan dia ader letak bunga ros putih kat pen dia. Memang betul-betul minah bunga la Ayu ni.

     Tapi kan. Aper yang aku kusut sangat, kenapalah susah sangat aku nak terus terang dengan dia yang aku ni suka SANGAT kat dia. Haishh! Memang kusut. Cara dia makan. Senyum. Ketawa. Jalan lagi la. Wow! Very wow! Tak leh nak describe camne wow tu! Memang betul-betul wow la! Haa. Lupa lak. Si Ayu ni kalau ader waktu lapang jer dalam kelas dia mesti dengar lagu dengan dia punya Sony Mp3 tu. Aku dah dapat satu idea. Aku nak belajar men gitar atau aper-aper instrument la. Tak kesah aper-aper pon. Yang penting, aku nak buat satu lagu khas untuk dia.

     Boleh ke ek? Aku ni dah la tak pandai men gitar atau tau pasal muzik. Pegang reti ler. Tapi tak kesah la demi dia. Aku sanggup! Haha. Tak tau nape sejak akhir-akhir ni, aku asyik pikir nak berkapel jer. Kuning betul otak ni. Dah tak tau nak erase camne. Kusut dan kusut! Sebelum aku bercerita lebih panjang lagi, aku nak korang bayangkan. Wajah Ayu sama seperti si dia kat bawah ni. Cun woo!

video

     Lawa kan pompuan tu. Tenang jer tengok muka dia. Bertudung. Manis sungguh! Tapi korang kena tahu. Kalo kita nak yang lawa. Kita mesti lawakan usaha kita dulu. Yer tak? Hehe.

     5.00 petang. Waduhh! Sakit hati betul dengan lecturer ni. Time orang nak balik ni la baru nak ganti kelas. Fuhh! Ingatkan tak pack kelas arini. Tapi takperlah. Yang penting Ayu masih ada di situ dan aku, masih lagi boleh menatap wajahnya yang suci, murni seperti sabun Safi. Auwww! Lepas jer abis kelas, benda pertama aku tengok ader lah beg Ayu. Aku terlihat ader satu buku macam special gitu. Aku terpikir agak-agaknya diari dia kot. Hurmm. Jenis jiwang jugak yer si Ayu ni. Menulis luahan hati di dalam diari. Aku duk termenung, mencari idea, macamane nak curi diari dia ni. At least, info aku akan bertambah ler kalo aku dapat grab diari dia ni. Malam itu, di rumah sewa Ayu...

     "Mira, ko nampak tak diari aku dalam beg aku?"
     "Rasenya masa kelas tadi aku nampak ader je dalam beg hang. Awatnya? Dah kena curi ka?"
     "Tak taulah Mira. Semalam ader je diari dalam beg aku. Hari ni entah kemana lak melepaknya diari aku ni. Alaa. Camne ni? Adoi. Matilah aku kalau ader orang pegang diari aku. Tssk!"
     "Ala Ayu. Rilekslah. Nanti 2 3 hari hang jumpa la tu diari hang. Mungkin terjatuih kot kat kelas tadi. Hang kan selalu lupa zip beg. Muda-muda pon dah nyanyok. Hahaha."

     Keesokan harinya, aku boleh lihat Ayu sangat kusut pagi tu. Muram semacam. Aku macam rasa tak sedap hati jer. Aper yang tak kena dengan Ayu pagi ni? Datang bulan ke hape? Nantikan aku beli Libresse marah lak. Haha.

     "Wei Mira, aper kena dengan si Ayu tu? Monyok semacam jer aku tengok."
     "Aper wei2? Aku ada nama la. Hangpa suka2 ja panggil nama aku wei ya! Grrrr!"
     "Ala Mira! Ko ni cepat tul sensitif. Sori sori. Ceritalah kat aku. Nape ngan si Ayu tu?"
     "Yang hang sibuk sangat ni apekehei? Tssk! Takder. Semalam, Ayu kusut cariq buku diari dia tu. Tu la. Selalu lupa zip beg. Tu baru beg sekolah. Kalo hangbag. Aku pon tak tau la. Hang nasihat sikit membe hang tu. Aku dah jenuih pesan kat dia."

     Sejak dari tu, aku pon mula la stretching badan nak cari diari Ayu ni. Semangat ni.

     2 jam kemudian. Berpeluh ketiak cari diari budak ni. Hari dah makin malap. Adoyai! Dalam tandas takder. Dalam kuliah pon takder. Haish! Kat mana la yer. Takperlah sambung esok jer la. Dah tak larat dah ni. Aku pon memulakan langkah menuju ke stesen bas. Macam biasalah bro. Tunggu bas. Akan tetapi, keayuan Ayu memukau pandanganku. Dia menunggu di stesen bas yang sama. Sekali lagi! Aduh! Cantiknya ko ni Ayu.

     "Ayu...errr..tunggu bas jugak ke? Tak balik dengan Mira?"
     "Hurmm.."
     *Aper aku nak cakap kat Ayu ni ek*
     "Errr..Ayu dah..jumpa..diari Ayu?"
     "Eh! Mana taw yang Ayu tengah kusut cari diari Ayu ni? Oooo. Entah-entah awak yer yang curi diari saya. Cepat pulangkan! Pulangkan!!!"
     "Eh sabarlah Ayu. Saya tak curi pon. Tadi Mira yang cerita yang awak tengah kusut cari diari. Sumpah saya tak curi."
     "Hurmm. Sorilah wak. Saya emo sikit. Memang saya kusut cari diari tu. Diari tu sangat penting taw bagi saya. Semua kisah hidup mati saya ader dalam diari tu. Nak nangis la rasanya! Isk3!"
     "Awak..janganlah nangis. Nanti tak comel kalau awak nangis nanti. Nah, amek tisu ni. Lapkan air mata suci awak tu. Tak elok nangis malam-malam camni. Oke. Camnilah. Awak bagi permission kat saya bleh? Biar saya yang cari diari awak. Oke tak? Hehe."
     "Hurmm. Awak carilah kalau jumpa. Saya dah fed-up nak cari. Merata-rata tempat taw saya cari. Tapi tak jumpa gak. Isk3!"
     "Awak...dah la tu menangis. Oke saya janji. Saya akan cari diari awak sampai dapat. I promise, sayang!"
     *Opss! Terlepas cakap sayanglah pulak. Harap-harap dia tak perasan*

*Masa tu Amar buat muka cute macam kucing kat bawah...*

Cute kan kucing ni? Hihi.

    Sewaktu aku cuba meng-tenangkan hati Ayu, ader satu objek yang agak agak colourful di mataku, berada di bawah bangku tempat aku duduk. Aku perhati benar-benar. Sebenar-benarnya. Itulah diari Ayu. O.M.G! Agak-agaknya malam sebelom ni dia lupa zip beg kot masa tunggu bas. Aku buat tak endah je diari tu. Biarkan. Time tu idea mencurah-curah datang padaku. Yes! Aku rasa this is it. Inilah masanya untuk aku nak pikat hatinya.

     "Eh, Ayu. Bas dah sampai tu. Awak balik lah dulu. Saya janji esok saya akan cari diari awak tu dan terus bagi kat awak yer. Jangan risau. Senyum sokmolah. Hehe."
     "Terima..ish3...kasih..wak. Saya balik..dulu..ish3... Assalamualaikum."
     "Waalaikumussalam. Take care Ayu!"

     Time tu betapa gembiranya hatiku ini. Akhirnya, dapat gak aku baca diari Ayu. Aku kemudian terus grab diari tu dan balik jalan kaki. Sebenarnya, umah sewa aku dengan umah Ayu takderlah jauh sangat. Jalan kaki pon sampai. Dan bas yang Ayu naik pon adalah bas yang sama aku tunggu. Cuma time tu aku taknak naik semata-mata nak baca diarinya secara senyap-senyap. Hihi. Jahat sikit je la aku ni. Untuk kekasih hati. Aper salahnya kan? Hehe. Oke. Meh aku gambarkan sedikit aper sebenarnya ader dalam diari Ayu ni sampaikan dia menangis teresak-esak ibarat burung pipit dihimpitkan dengan nasi kerabu. Masuk tak peribahasa ni? Bedal je! Jomm. Mari membaca...

     To be continued...

     Aper sebenarnya terkandung dalam diari Ayu agak-agak korang? Mesti something special kan! Hehe. Kita tunggu next entri sebab aku nak tanya member aku tu ader tak gambar diari Ayu ni. Kalau ader, untunglah korang kan. Kalau takder, terpaksalah aku tulis semua benda dalam diari Ayu tu. Panjang woo! Aku pon tak baca abis lagi diari Ayu. Aper-aper pon, semoga Amar berjaya memikat hati Ayu yang digila-i ramai lelaki kuliahnya. Hihi. Till then. Assalamualaikum.

video

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...