Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan yang aku cayang sangat.
Fuhh! Agak lama aku tak update blog ni. Memang lama giler lah kan. Biasaqlah bro. Hidup 3rd year student ni macam-macam hal la. Tambah-tambah start bulan 5 ni aku dah praktikal. Keje plak. Ntah biler aku leh update blog time tu. Pastu sibuk ngan wedding sedara aku. Wah! Macam aku plak nak kawin yer! Kih3! Aper salahnya kan. Tumpang dua kaki. Anyway, berbalik kepada tajuk entry kali ni. Aku just nak sambung balik aper yang telah tertinggal pasal cerita si Amar tu. Haa. Ingat lagi kan? Ayoyoyo Cik Mek Molek. Ho Hoi Cik Mek Molek. Hihi. Diari Ayu aku tak dapat amek dari member aku. Sebab dia lupa dia letak mana gmbr diari tu. Kalo x senang ckit keje aku. Just letak je gmbr kan. So, terpaksalah aku tulis balik aper yang terkandung dalam diari budak Ayu ni. Haish! Jenuh tangan nak menulisnya. Takperlah. Demi korang, aku sanggup! Hihi. Muahh! Luv you all. Cuma aku tulis part yang best-best la. Yang macam ntah pape. Takmolah. Melotih tangan den jo. So, enjoy the story ya!
Tanpa melengahkan lagi, aku terus bukak diari Ayu tanpa segan dan pilunya. Wow! Memang banyak la benda si Ayu ni tulis. Hurmm. Sehari pon tak habis ni nak baca. Takperlah. Aku try cari part-part yang best. Mana taw nama aku terselit. Tiba-tiba, dengan angin malam oh angin malam meniup rambutku, aku terkejuttt sgttt! Tergamam dan terpaku. Kerana ader satu bahagian dalam diari Ayu yang membuatkan mataku terbeliak, hidungku mengembang, telingaku mengipas-ngipas dan air liurku meleleh-leleh. Euuuwww! Hehe. Meh aku baca ckit untuk korang aper yang buat aku Hepiiii Sgtttt!
Oktober 12
Yeayy! Harini aku sangatlah suka taw. Sebab ramai sgt wish bufday aku. Plus, harini aku dapat jumpa seorang mamat yg comelllll sgttt! Tak taw nape aku rasa dia comel. Comel la. Walaupun kurang hensem, tapi kecomelan dia tetap menyerlah. Hihi. Tapikan, malulah aku nak ckp kat dia aku suka kat dia. Aku penah ckp kat dia yg dia ni comel je. Agak-agak cair x dia? Hurmm. Bestnya la kalo dapat kenal ngan dia. Tgk wayang sama-sama. Makan sama-sama. Jalan berpegangan sama-sama. Oppss! Sori. Haram tu. Hehehe. Tapi dia comelll sgt! Tetiba bila aku tulis benda ni teringat plak kat boipren lama. Hurmm. Sob3! Lelaki ni mmg la kan. Ego tak bertempat. Marah orang ikut suka hati. Kata macam-macam. Belakang kita ader pompuan len. Blah la ko! Grrr! Oke. Hari yang bahagia xmo jiwa kacau. Tapi kerana dialah aku rasa bertambah happy go lucky! Dia comel. Ntah la. Aku rasa perkataan pertama aku bleh ckp kat dia. Dia comel. Nama dia..err..nnt ye! Aku penah gak terasa hati ngan dia sebab dia tak layan aku. Hehe. Bajet hot kan aku ni. Tapi mmg btul pon dia sombom. Aku tego dia kat stesen bus. Dia wat dekk je. Hurmm. Sape tak sedih taw. Orang yang kita minat tapi dia wat dunno. Pfft! Aku rasa bodoh sgt time tu. Napelah aku pergi tego dia camtu. Mungkin dia datang bulan kot. Hahaha. Tapi Amar...Seriously, saya minat kat awak! For one more time, I minat you lah! I nak knal you lebih dalam lagi. Bleh? Hehe. Miss u Amar! ^_^ Inilah sebabnya kenapa aku bahagia sgt. Dia minat kat aku rupanya. Baguslah kan aku pon minat kat dia gak. Dah la dia skang pandai stylish. Pakai tudung ala-ala Yuna camtu. Hihi. Comel. Itu antara part yang best aku baca dalam diari Ayu. Ader lagi sebenarnya yang best. Ayu penah citer pasal impian dia, famili dia. Tapi kat sini tak yah la mention semua tu kan. Nanti tak surprise la. Aku btul-btul simpan niat nak buat surprise untuk Ayu based on diari dia tu. Ayu mmg seorang gadis yang baik dan lembut hatinya. Apa yang diberitahu semuanya jujur belaka. Aku percaya pada dia. Ya ALLAH! Jodohkanlah aku dengan Ayu. Aku meminati dia. Dia mencuri isi hatiku. Temukanlah kami Ya ALLAH! Satukanlah hati kami Ya ALLAH! Hanya Kau Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana! Amin.
Keesokan paginya...
"Ayu..Nah, ini dia diari awak. Saya dah jumpa. :)"
"Amarrr! Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih Amar! Ni buat saya sayang awak lebih ni. Hehe.
"Wahh! Merah pipi nampaknya Amar. Ilek suda lah. Gelabah ar hang ni. Hahaha."
"Ala Mira! Biarlah. Dia kan dah jumpa diari aku. Tak salahkan aku cakap camtu. Kan Amar? Hehe. Haaa. Apa kata saya lanja awak makan? Nak tak? Ini sebagai balasan sebab awak dah jumpa diari saya, Mr. Mickey! Hihi."
"Aku nak gakkk!"
"Ala ko gi jer la date ngan Meor ko tu Mira. Aku date ngan Amar. Hahaha."
"Yer la. Semoga berbahagia. Sukalah hang Amar dapat makan budi member aku ni. Grrrr!"
Aku tak dapat berkata apa-apa. Hanya berdiam diri. Terpaku seorang diri. Mana taknyer. Dia panggil aku sayang, comel siap Mr. Mickey lagi tu. Hanya ALLAH saje yang tahu betapa happy-nya aku time tu. Kami memulakan langkah demi langkah menuju ke cafe Pak Mat. Kat cafe tu memang femes ngan budak-budak baru kapel, dah kapel, yang break up pon ader. Sebab kat cafe ni ader satu minuman yang mmg khas dibuat untuk orang yang hangat bercinta. Kalo korang tgk ader minuman tu atas meja maknanya diorang tu baru sahaj berkapel, or dah lame kapel atau pon break up. Tapi jarang sekali la orang break up atau putus cinta ni order air tu. Sebab minuman tu mmg bagi aura yang len macam punya. Hehe. Nama air tu Pak Mat letak Kopi Cinta. Haaa. Kalau korang nak taw KOPI CINTA ni bukan kopi jantan taw. Dia punya kopi tu ader kat kampung Pak Mat je. Aku pon tak taw kopi aper. Cara nak buatnya, kopi itu di-blend dlu. Pastu diletakkan dengan krim. Ader kacang yang sedap dalam kopi tu. Pastu plak ader buih halus. Buih halus tu sebab dia tarik kopi tu. Haaa. Bukan senang taw nak buat. Part yang susah tu masa tarik la. Sebab buih dia tu bukan macam teh tarik tu. Itu len. Buih dia mmg halus. Macamaner ntah Pak Mat buat...
"Pak Mat, KOPI CINTA dua yer! Saya dahagalah Pak Mat."
"Oke nak. Nanti Pak Mat buatkan. Eh, boypren baru kamu ka? Hahaha."
"Haish! Pak Mat ni. Ader-ader jer taw. Selalu usik orang. Hahaha."
"Oke aper Pak Mat tgk dia. Comel je. Hahaha."
Pak Mat ni seorang lelaki aku respect gak ar. Memang kena respect pon kan. Haha. Dia jenis yang memahami. Orang tua tapi berjiwa muda. Siap ader facebook tu. Wuuu! Bukan kemain lagi Pak Mat ni. Tapi kebanyakan student kat tmpt aku tu mmg selalu lepak cafe dia. Tgk bola. Buat assignment. Sebab dia jenis yang sporting. Kalo orang tak bayar pon dia oke je. Cuma kena masuk buku lima la. Bukan buku lima yang tumbuk tu. Buku lima yang nota tu. Kalau budak bayar lambat dia claim la dengan universiti. Haha. Lucu btul Pak Mat ni. Hehe.
Oke. Skang merupakan saat paling genting dalam hidupku. Berdating. Fuhh! Tak pernah kot aku berdating ngan pompuan sebelum ni. Ayu waktu tu pakai baju kaler putih. Selendang merah. Fuhh! Cantiknya! Ya ALLAH! Kalaulah dia ni betul-betul jodoh aku, alangkah bahagianye yer!
"Oke. Ni KOPI CINTA untuk kamu berdua. Selamat mengharungi suka duka alam percintaan ye anak-anak. Hehe."
"Haha. Pak Mat ni. Ader-ader je taw. Kiterorg baru nak knal-knal je la Pak Mat. Lagi pon mana taw kot-kot dia ni dah ader gurlpren. Melepas la saya. Hahaha. Anyway, time kasih ye Pak Mat. Hehe."
"Awakk! Awakk! Amarrr! Nape ni? Dari tadi saya tgk senyap jer. Saya ader tersalah cakap ke?"
"Eh. Takderlah. Cuma terpikir sesuatu. Hehe. Sori."
"Sesuatu atau seseorang?"
"Betul. Sesuatu. Takyah risau. Aper awak nak tanya tadi?"
"Eh saya ader tanya ke? Haha. Lucu la awak ni. Oke, skang sy nak tanya. Mana awk jumpa diari kesayangan saya tu?"
"Oh, diari awak tu. Sebenarnya wak, camni citer dia. Awak ingat tak time kita jumpa kat stesen bus tu. Yang sebelum diari awak hilang. Ingat tak?"
"Ha'ah. Ingat. Nape?"
"Haa. Time tu la awak tak perasan. Zip beg awak terbukak kot saya rasa. Benda tu jatuh kat bawah kerusi tempat awak duduk. Ingat tak yang time awak kata saya sombom tu. Hehe."
"Oh, ya! Baru saya ingat. Betul lah. Time tu saya terlupa tutup zip beg. Saya ni memang camtu kot. Hehe. Tapi awak time tu sombom taw. Taknak tego pon saya. Sedih saya coram-coram. Ermm."
"Ala awak ni. Sorilah. Time tu saya gabra. Mana taknyer. Kita dua je tunggu bas kat situ. Nanti kan jadi pape sape nak tanggung. Saya jugak. Tak pasal-pasal kawin free. Haha."
"Kalau kahwin free pon lagi senang. Takyah keluar duit. Haha. Comel la awak ni."
Kiterorg terus berbual dan berbual. Tentang diri masing-masing. Famili. Impian. Semualah. Sampai sedar tak sedar. Dah dekat 6 gelas KOPI CINTA kami dah minum. Fuhh! Memang hebat betul la aura KOPI CINTA ni.
"Pak Mat, kiterorg balik dulu ye. Nah ni amek duit minuman ni. Bakinyer...Keep da change!Hehe."
"Time kasih nak. Semoga ALLAH membalas jasa baik budi kamu berdua. Selamat Bercinta! Hihi."
"Hahaha. Ader-ader je Pak Mat ni. Oke Pak Mat. Take care. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Amar. Hari ni awak tunggu bas lagi ke?"
"Ha'ah wak. Macam biasa. Saya ni mana ader transport sendiri wak macam budak-budak len. Saya orang miskin je wak. Hehe.""Ala awak ni. Ayat touching lak. Oke camni. Saya teman je la awak naik bus. Lagipun umah sewa kita berdua kan tak jauh kan. Ke awak tak sudi saya teman awak?"
"Eh, napelak saya tak sudi? Konpem bleh. Demi awak. Tarak hal la. Hehe."
"Hehe. Time kasih wak! Awak...Nak tanya skit bleh?"
"Bleh. Aper dia?"
"Errr..Camne ek nak cakap. Malulah saya nak tanya. Hihi."
"Takpe. Tanya je. Cakaplah."
"Errr..Awak nape taknak cari sorang? I mean..err..someone special. Nape ek? Saya tgk awak macam sorang-sorang je. Tak boring ke?"
"Ingatkan aper tadi nak tanya. Wat suspen je. Sebenarnya wak. Saya tak berani nak ader someone special dalam hidup sy. Yer la wak. Tgklah keadaan saya. Pakaian pon bukannya lawa macam org len. Duit pon tak seberapa ader. Hanya cukup-cukup makan ngan bayar sewa umah, yuran universiti..ermm..tu je la kot. Sapelah sudi bagi hati kat saya ni? Saya taw. Awak pon mesti tak sudi kan kalo...xpelah."
"Kalo aper? Cakaplah cepat."
"Takperlah. Tak penting pon."
"Cepat cakap. Kalo tak saya majuk! Cepat cakap!"
"Saya cakap awak pon mesti tak sudi kan kalo bagi hati awak kat saya."
"Eh. Sape cakap saya tak sudi. Mana taw kita ader jodoh. Benda ni take time la wak. Lagi pon saya ni bukan jenis gilakan harta. Saya pon pernah kena dumbed dengan laki. Sebab tu sampai skang saya tak cari sesiapa. Sampailah saya jumpa awak."
"Jumpa saya? Na..pe..wak? Saya tak paham."
"Eh. Takder papelah. Saya silap cakap je tadi. Jomlah. Bus dah sampai tu. Nantikan lewat plak balik. Risau si Mira nanti. Hehe."
Hari yang paling bahagia adalah hari aku dating bersama Ayu. Tak sangka ader gak pompuan yang sanggup meluahkan isi hatinya sebegitu rupa. Aku ni rupa takder. Harta jauh la skali. Tapi takperlah. Aku tetap bersyukur. Tapi yang mengherankan aku. Kenapelah dia cakap sampai jumpa aku. Aper maksud dia ek? Takpelah. Lagi pon dia cakap benda ni take time kan. Kih3! Macam aku konpem-konpem dapat dia je kan. Hahaha. Papepon, Ayu...Kau Ratu Hatiku!
Bagaimana citer si Amar ngan Ayu ni? Layan kan. Bagi aku, Amar ni agak gelisah kot. Yerlah first time gi dating. Pompuan plak tu mengajak. Susah woo zaman sekarang pompuan ajak dating walaupun belom officially couple. Fuhh! Untung si Amar ni. Dah la si Ayu tu baik orangnya. Siap belanja KOPI CINTA lagi tu. Aku pon teringin gak nak minum air tu. Yer la mana la taw. Dapat jodoh esok lusa. Haha. Mengarut je kan. Okelah. Nanti aku sambung balik kisah si Amar dengan Ayu ni. Bagaimana perjalanan cinta dan hubungan diorang. Jumpa lagi anda di lain waktu. Sebelum aku berundur. Terimalah Ratuku. Till then. Assalamualaikum.
jap2..
ReplyDeletenie kisah amar ke akmal haaa~
hahaha..
haha. ni bukan akmal ye. tu lmbt lg. ni amar. ;p
ReplyDelete