June 19, 2011

Ayang vs Abang!

Assalamualaikum W.B.T sahabat!

Haa garang sikit bagi salam ni. Ekeke. Okelah aku taknak sambung citer si Amar. Nanti muka suma nak emo je kan. Nak berak pon sosah pasni. Tak gitu. Jadi, aku bagi korang feel sikit camno porasoan bilo dah kawin atau sebelum kahwin nanti. Perkara-perkara asas yang korang mesti tahu. Aku repeat. MESTI rasa la pasni. Konpem! Tetap! Melekat. Meh kita tengok bila si Ayang tak pueh hati dengan si Abang. Nama pun versus kan. Takkan nak ader persamaan. Kalo check kat zip seluar pon konpem lain-lain. Muahaha! Oke. Budak-budak jangan baca. Khas untuk orang yang gatai sahaja dan seangkatan dengannya. Layan! Zasss!


Situasi 1 : Bukak
"Abang! Cepatlah. Ayang tak larat ni. Adoi la laki aku ni. Kalo aku sepak baru senyap ni."
"Jap la sayang! Abang pon tengah pening ni. Tak jumpa lobang! Sabarlah. Ayang cuba raba-raba sikit."
"Eh eh, orang tua ni! Cepatlah abangggggg! Kita tak tahan dah ni."
"Ye ye. Jap. Nahh! Amek biskut ni. Lenguh tangan aku bukak tin biskut ni. Adoi. Pfftt!"

Situasi 2 : Dating
"Abang. Abang. Hihi. Abang!"
"Ye makcik! Nak ape?"
"Sayang kan. Sayang nak..Errr..."
"Nak ape? Nak tu ke? Awai sangat ni. Abang baru je pas mandi."
"Sayang nak bagitau abang lain kali nak dating pakai la seluar. Jangan pakai kain pelekat. Adoi. Laki aku ni. Pffttt!"

Situasi 3 : Anak
"Abang! Kalo abang gagah la kan. Abang rasa anak kita nanti berapa orang ek?"
"Err! Paling kurang la kan. Taknak cakap banyak ar. Paling kurang 12 ar. Larat tak?"
"Wow! Gagah betul abang saya. Aper petua abang leh ada anak ramai?"
"Petuanya abang amek anak angkat kat umah anak-anak yatim. Abang mandul. Sori."
"Siot punya suami. Pffttt! -_-'

Situasi 4 : Padat
"Abg! Canti baju saya pakai harini?"
"Wow! Fuhhh!"
"Abang tenung ape tu?"
"Wow! Padat giler."
"Haha. Biasalah. Ayang kan pandai jaga body. Haha. Gatai."
"Eh eh! Dia ni. Abang cakap padat la kereta kita ni. Banyak sangat barang. Camno nak gi picnic?"


Situasi 5 : Sweet
"Alahai sweetnya awak! Tak sangka awak sanggup bersusah payah belikan hadiah ni untuk saya."
"Ala bukan selalu pun."
"Sukanya saya! Sayang awak lebih camni. Geramnya tengok awak ni. Eeee comel. Hehe."


Setelah dibuka hadiahnya...
"Kan saya cakap bukan selalu saya beli untuk awak. Sweet kan. Gula-gula mMentos ni. Satu bungkus woo saya beli. Mahal tu!"
"Awakkkkk!"


Mula-mula aku nak bagitau la aku takde niat lain untuk tulis pasal benda-benda yang gatai ni. Seyes takder dowh! *Muka innocent*. Hihi. 


Tapi ni sebenarnya realiti kehidupan. Kalo korang tengok sendiri la. Tiap-tiap bulan mesti ada kes buang bayi. Korang tak sedih ke tengok bayi yang cukup sempurna fizikalnya dan mentalnya, dibuang camtu je. Cam haram kan perangai manusia ni. Aku pun sendiri teringin nak ada anak tapi belum waktunya la. Kudrat kena kumpul lagi. Ekeke. Okelah. Ini sekadar gurauan je. Aku malas nak sambung citer si Amar tu sebenarnya. Haha. Tak larat weh. Sejak ada 'Karier' ni. Makin letih aku dibuatnya. Sebelum aku berundur. Meh kita renung-renungkan sikit ayat di bawah ni...


     "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup auratnya, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Dan selangka seorang isteri keluar dari rumah tanpa menutup auratnya, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."


Jaga diri korang. Till then. Assalamualaikum. 

June 15, 2011

Aku Masih Di Sini Sayang!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakanku.

Alhamdulillah. Syukur. Exam pon dah abis. Setel semua. Cuma skang yang sedihnya praktikal. Adoi. Tapi kan kalo di pikirkan balik cepat tul masa berlalu. Aku pun tak sangka yang aku sudah nak jadi FINAL YEAR student. Wow! Senior tu. Hahaha. *Gelak Besar*. Hidupku selama 21 tahun. Fuhh! Macam-macam berlaku. Mahu sedih. Mahupun gembira. Semuanya bercampur baur. Ibarat batu di lempar ke dinding keluar emas berkeping-keping - Akta Mael Lambung. Satu perangai yang korang patut tahu pasal aku. Patut ke? Takpe nak bagitau gak. Aku suka tengok bulan waktu tengah malam. Waktu orang tengah syok buat taik mata yang masin. Aku kuar. Amek tengkuk. Tarik ke atas. Bukak dada. Lepas nafas panjang-panjang. Subhanallah! Cantiknya bintang-bintang di langit. Lawanya bulan pada malam ni. Dan pada saat itu aku mula la pikir macam-macam. Kisah silam ku. Masa depan ku. Pacaran. Cewek. Kawan. Famili. Sekolah. Belajar. Semuanya berlaku pada satu malam. Dan pada malam seterusnya. Topik sama kuar. Tapi berlainan gaya pemikirannya. Waduh! Falsafah buat seketika. Oke. Tarik kentut panjang-panjang. Sekarang aku nak sambung citer si Amar, Ayu dan si lahabau Kurt. Marah ni. Hahaha. Tak la. Aku xmarah pon. Cuma anger je. Auuuwww! Tor-spokim Bugis. Maap yo! Jomm semua! Layannn! Zassss!

Bingung. Itu perkataan yang keluar dari kotak akal-ku. Kenape dengan si Ayu ni? Mai period agaknya. Haish! Risau la. Kelas algebra Encik Mohan ni pon tak leh nak fokus dah. Sampai vector pon aku tertulis 'Votox'. Ish! Teruk beno dah ni sangap aku kat Ayu. Ayu Ayu! Napelah ko ni buat dadaku semput? Hurrmmm...

     "Ayu! Ayu! Wei tunggulah sat! Laju sangat hang nak lari dari aku ni. Wei aku nak bagitau ni."
     "Hah, aper dia wak?"
     "Aku tak sangka kita leh group sekali. Ader can la aku nak ngorat ko balik kan. Hahaha."
     "Eh eh. Ngade tul mamat ni. Takyah nak mimpi sangat la wak. Ader lagi orang layak leh ngorat saya."
     "Hah?!! Ader orang lain?! Sape?! Sape?!"
     "Aderlah. Mana leh bagitau awak. Dah la. Saya dah nak balik umah ni. Mendung je tgk awan arini. Okelah wak. Saya balik dulu ye. Take care."
     "Take care sayangku! Hihi."
     "Werkkkk! (sambil menjelir lidah manjanya)"

Haish! Jeles plak tengok dua orang ni duk manjan-manja. Sapelah orang yang layak ngorat si Ayu ni ye. Harap-harap aku lah. Pliss Ayu! Pliss! Petang tu. Aku balik sorang. Walaupun aku duk satu kerusi menunggu bas yang sama. Ayu tetap berdiam dengan ku. Aku nak datang dekat dia. Tapi aku takut. Berat sangat hati ni nak gi dekat dia. Ntah nape ngan perasaan ini. Arghhhh! Tensinyer. Di kala otak ku tgh kusut, tiba-tiba...

     "Amar..Tak naik bas ke? Bas dah nak gerak ni."
     "Aaaa..aper wak?"
     "Bas dah nak gerak ni. Tak naik ke?"
     "Aaaa ye ye. Jap saya naik."

Dalam bas tu. Aku duk sebelah Ayu. Tapi aku masih tak leh bercakap dengan dia. Dia duk syok layan Sony MP3 dia tu. Nak cakap aper la ngan dia ek. Kusut! Kusut! Takperlah. Aku test skali. Aku cuba beranikan diri...

     "(Sambil tolak sikit bahu Ayu dengan lembutnya) Ayuuu..Ayuuu.."
     "Hah awak! Nak aper? Kaco je la orang nak layan lagu."
     "Tak...bukan aper..saya cuma nak tanya...errr..boleh kan?"
     "Haaa tanyalah cepat!"
     "Saya nak tanya...awak ngan Kurt.."
(Bunyi guruh yang kuat skali)
     "Awakk! Cakap kuat sikit tak dengarlah!"
     "Tak saya cakap..awak ngan Kurt masih.."
     "Awak. Kita borak lain kali la ye. Umah saya dah nak sampai. Saya nak gi depan. Hujan ni. Takut tak sempat sampai umah lak. Oke. Babai."
     "Errr..Aaaa..Oke..Jaga diri wak."

Adoyai. Tak sempat jugak aku nak tanya. Pakcik bas ni pon awal plak dia berenti. Napelah jadi cam gini. Nape? Nak nangis la plak. Takperlah. Layan je la perasaan ntah pape ni. Esok je la tanya dia...


     "Mira. Aku nak pegi tasik la. Nak ikut tak?"
     "Malaslah aku. Aku ader berlambak lagi ni esemen kena siap. Ko pegi la sorang-sorang. Jaga diri leklok. Malam ni tau."
     "Hurmm. Takperlah. Aku pergi sorang je. Kunci pintu umah ni."
     "Majuk plak. Manja tul.


Sewaktu Mira sedang berjalan di tasik...
     "Eh, awak Amar! Awak...buat ape kat sini?"
     "Hurmmm. Saje je awak. Tenangkan fikiran."
     "Tenangkan fikiran ke atau fikir pasal gurlfren ni? Hehe."
     "Ermmm. Biarlah saya terus terang ye. Sebenarnya...saya..pikir pasal awak."
     "Haish! Ye ke ni? Serius je bunyinya. Aper yang awak fikir pasal saya?"
     "Saya nak tanya. Kenape awak lain skang? Awak tak macam dulu tau. Malam ni baru saya nampak awak tegur saya. Sebelum ni awak selalu tarik muka. Kenapa awak? Kenapa awak cuba nak mengelak dari saya?"
     "Banyak pulak awak menanya. Okelah. Saya bagitau awak. Sebenarnya pun tujuan saya datang tasik ni pun sebab nak release tension. Tapi alang-alang awak dah ada kat sini. Biarlah saya cerita hal sebenarnya. Sebenarnya kan awak. Sejak Kurt datang balik depan mata saya. Saya jadi keliru. Nape hati saya berdebar-debar bila tengok Kurt? Terus-terang saya katakan saya memang sayang kat awak. Tapi saya taknak ada apa-apa perhubungan istimewa lagi. Sebab saya taknak jadi macam dulu. Awak tak tahu kisah silam saya. Banyak benda berlaku dalam hidup saya wak. Apa yang saya nak ceritakan ni harap awak tak bagitau orang lain. Sebab cerita ni hanya saya dan dia saja tau."
     "Sape dia tu awak?"
     "Ex boifren saya."
     "Kurt ke?"
     "Taklah. Sebelum Kurt. Saya penah couple sebelum saya couple dengan Kurt. Itu memori lama saya. Even Kurt sendiri pun tak tau cerita ni. Saya cerita kat awak sebab saya percayakan awak. Supaya awak tahu sape saya sebenarnya."
     "Hurmmm. Oke. Ceritalah. Saya dengar."
     "Tapi awak janji awak tak marah kat saya ek."


Waktu tu air mata Ayu dah mengalir sedikit demi sedikit membasahi pipi putihnya...
"Sebenarnya...sa..ya..dah tak.."
     "Stop! Tak suci? Macam tu?! "(dengan nada tinggi)
     "Ya...sebab itu setiap kali perkenalan kita, memori yang saya bina dengan awak. Saya tak pernah ingat sikit pun pasal kisah lama. Tapi..."
     "Tapi kenapa awak ingat balik semua tu bila Kurt muncul depan awak?"
     "Sebab Kurt adalah adik tiri ex-boifren saya tu. Saya couple dengan Kurt sebab nak cover perbuatan kami berdua."
     "Astagfirullah! Awak! Kenapa awak? Kenapa?"
     "Saya mintak maaf awak. Saya tahu saya salah. Saya mintak maaf sangat-sangat." (air mata Ayu mengalir teresak-esak)
     "Awak baliklah dulu. Kita cerita ni kemudian. Awak baliklah. Saya tak boleh bagi apa-apa respons sekarang. Awak balik lah. Please balik lah!"
     "Tapi awak..."
     "Saya kata balik balik la, POMPUAN!"
     "Sampai hati awak, Amar!"


Ayu terus pulang selepas aku menengking dia. Aku tahu aku tak patut memarahi dia sebegitu. Tapi aku tak tahan sangat dengan perbuatan dia dulu. Aku takleh terima semua ni. Kenapa aku ditakdirkan bercinta dengan dia? Ya ALLAH! Adakah patut aku menerima dia? Atau aku patut ucap selamat tinggal kepadanya? Tolonglah aku, ya ALLAH!


Hurmmm. Begitulah cerita si Amar dengan Ayu buat sementara ni. Amar tak terima yang Ayu sudah kena terubuk tupai. Sian kan. Tapi adakah Amar akan jadi lelaki sejati? Akan menerima Ayu sebagaimana dia sekarang? Sama-sama kita nantikan ye. Till then. Assalamualaikum.



video




April 18, 2011

Dalam Manis Ada Pahitnya

Assalamualaikum W.B.T sahabat disayangi sekalian.

Aper khabar sih? Lama kok gue gak berbicara di sini. Waduh! Masakan tidak final udeh dekat dong. Preparation bulum cukup lagik. Okek. Skrang gue gak mau bicara banyak-banyak sebabnya gue mau sambungin cerita si Amar sama itu Ayu dong. Waduh! Bisa-bisa aja sih. Mari semua kita hayati sweet moments between these two lovely birds ya! Dan di samping kemanisan yang diorang rasai ader sesuatu yang mengejutkan si Amar. Nak tahu aper? Haa baca ler citernya kat bawah ni ye! Enjoy! Zasss!

     Hari demi hari. Perhubunganku semakin jelas terpampang di wajah Ayu yang sememangnya Ayu suka padaku. Tapi biasalah perempuan malu-malu sikit nak ngaku kan. Tapi aku juga berasa gitu. Masakan tidak. Ayu. Wanita yang serba-serbi sempurna. Punyai rupa yang cantik. Pelajaran yang tinggi. Hidup yang mewah. Disukai oleh semua orang. Kalau nak dibandingkan dengan aku. Apa yang aku ada. Aku cuma ader buku. Beg. Nota. Baju pon sekadar 2 3 helai sahaja. Hidupku memang miskin. Sejak dari dulu lagi. Dan oleh kerana itu, aku merasakan aku tidak patut men-sia-siakan peluang di depan mataku. Iaitu Ayu. Oh! Ayu. Kau memang merubah banyak benda dalam hidupku. Dan pada suatu petang, sewaktu kami berdua baru sedang berjogging...

     "Awakk! Fuhhh! Penatlah...Kita rest jap! Adoi. Penatnya..!"    

     "Ala awak ni. Jogging baru 10 minit dah penat. Macamana nak fit? Hahaha (aku gelak besar)"
     "Ye ler. Awak tu kan laki. Mesti la kuat dari saya yang lemah ni. Werrkkk! Dah la. Kita rehat la jap."
     "Oke oke. Awak duduk dulu. Tarik nafas panjang-panjang. Hummmppphhhh...Lepasss! Tarikkk hummmpphhh...lepasss! Tarikkkkk...hummmphhhh...tahannn...lepasss!"
     "Fuhhhh! Penat gilerrr. Tak pernah jogging sepenat ni."
     "Ai..baru sekejap jogging dah penat. Haha."
     "Eh eh orang tua ni. Tak abis lagi perli saya yer. Jahat! Werrkkkk!"
     "Haha. Sorilah wak. Saya gurau-gurau jer. Awak...ader satu perkara saya nak bincang dengan awak sebenarnya. Boleh?"
     "Haa cakaplah. Jangan duk sengih jer. Saya penat ni."
     "Ala awak ni. Oke oke. Camni. Awak tau kan saya ni bukannya ader duit banyak sangat."
     "So?"
     "Jadi, saya ingat saya nak cari keje part-time. Ye la kurang-kurang nanti kalo dating ngan awak takyah la awak lagi nak lanja saya. Hehe."
     "Haha. Awak ni. Saya lanja awak ikhlas oke. Tak mengharapkan aper-aper balasan pun. Don't worry my dear. Tapikan awak nak keje aper? Kat ner? Dah dapat ke lom? Ader interview ke?
     "Mak ai. Banyaknya soalan. Haha. Oke saya jawab satu-satu. Saya haritu penah tanya si Meor kalo ader lobang keje kat KL ni. Dan dia cakap banyak. Mintak jer mana-mana yang saya suka. So, saya pikir punya pikir. Saya ingat saya nak keje..."

Tiba-tiba ader satu suara datang tidak jauh dari tempat kami berhenti...
     "Ayuuu! Wahhh! Dah lama giler tak jumpa. Watpe ni? Datingkah? Haaa boipren baru ek? Haha."
     "Eh, Kurt. Awak rupanya. Buat aper kat sini?"
     "Aku duk jogging la ni. Tiba-tiba nampak ko duk sangap berborak kat sini ngan boipren baru ko. Tu yang tegor tu."
     "Hishh! Ni bukan boipren saya la. Kiterorang kawan jer. Meh saya perkenalkan. Ni kawan saya Amar. Amar..ni la dia ex saya. Nama dia Asyraf. Tapi orang panggil dia Kurt. Sebab dia ni memang minat tahap gampang dengan Kurt Cobain. Sampaikan hari tu dia penah jawab exam pakai nama Kurt Cobain bin Ismail. Ntah pape je la kan. Haha."
     "Perghh! Ko masih ingat lagi ek kisah tu? Dah lama kot. Wei ko aper cer skang..(suara diorg makin perlahan dalam fikiranku)"

     Dan aku termenung. Melihat mereka terus berbual. Berbual dan berbual. Aku. Agak moody sedikit melihat mereka berdua. Mana taknya macam pasangan kekasih yang baru saje bertemu. Dan pada saat si Ayu bagitau aku yang si Kurt ni bekas kekasihnya. Bulu roma aku terus naik wei. Macam ader satu angin masuk dalam badan. Hatiku waktu tu berdebo-debo. Aku cuma terdiam. Terus membisu...


     "Apesal ngan member ko ni? Taknak knalkan diri ke?"
     "Amar...amar...amar! Kenape dengan awak ni? Terdiam je saya tengok. Ader aper-aper yang tak kena ke? Ni ha bekas kekasih saya dulu. Kenal-kenal lah korang."
     "Hai. Aku Amar."
     "Nama aku Asyraf. Tapi ko buleh panggil aku Kurt. Ko asal maner?"
     "Aku lahir kat Ipoh, Perak tapi membesar di Melaka. Ko plak asal maner?"
     "Aku memang pure KL. Lahir dan membesar kat KL. Tak pernah lagi keluar mana-mana negeri. Okelah. Aku dah takder masa ni. Aku tinggalkan korang berdua. Selamat berkasih la ye Ayu. Babai."
     "Eh awak ni. Ke situ plak. Okelah. Jaga diri ye wak. Daaaa."

     Tangan Ayu melambai-lambai ke arah Kurt seperti isteri melihat suaminya pergi mencari nafkah. Aku lihat sungguh jelas di mata Ayu bahawasanya Ayu masih lagi sayang pada bekas kekasihnya. Tapi benarkah semua itu? Aku sekali lagi terdiam, terpaku dan terus membisu, mendiamkan diri...

     "Amar..amarrr! Amarrr! Awak nape ni? Dari tadi saya tgk asyik diam jer. Termenung ntah ke mana. Kenape wak? Saya ader wat salah ke?"
     "Eh. Takderlah. Awak takder wat salah pape pon. Jom lah. Kita balik. Hari pon dah nak senja ni. Nanti lewat plak nak solat maghrib. Jom la."
     "Hurmmm...ye la..."

     Petang tu aku memang rasa lain sangat pabila si Kurt muncul dengan tiba-tiba. Sangat terkejut. Macam cinta tiga segi plak kan. Cuma aku berdiam diri je di depan Ayu. Nak kata ader perasaan cemburu. Hurmm. Ader la gak. Mana taknya. Ex Ayu muncul kembali dalam hidupnya. Setelah setahun setengah berpisah, tiba-tiba muncul. Pastu layan baik punya plak tu. Adoi. Memang cemburu la kot. Hurmmm. Keesokan paginya, sewaktu kuliah Ekspedisi Mendaki Gunung...


     "Oke. Hari ni saya takkan mengajar kamu semua. Cuma hari ni saya nak bagitau nama-nama yang telah saya bahagikan kumpulan. Kumpulan...

Aku terus terdiam walaupun suara Encik Murad garau menyebut nama budak-budak kelasku. Dan Ayu juga terus bermasam muka dengan aku. Agaknya kata-kata aku semalam membuatkan dia terasa kot. Tiba-tiba pintu bilik kuliah terbukak dan...

     "Assalamualaikum sir! Sorry saya lambat. Tersilap kunci jam. Hehe."
     "Waalaikumussalam. Tak mengapa. Len kali kunci jam pakai mangga jangan pakai lutut ye. Haa silalah amek tempat duduk kamu."

     Mataku terbukak luas. Adakah ini benar? Atau mimpi? Yang memberi salam itu tadi. Adalah...bekas kekasih Ayu. Asyraf a.k.a Kurt. Adoi. Camne plak si Kurt ni buleh masuk kelas aku ni? Hurmmm dan sekali lagi berita yang mengejutkan aku...

     "Baiklah. Sekarang saya akan bacakan kumpulan yang terakhir. Amar Shahidan Bin Kassim."
     "Ye, saya sir!"
     "Awak akan berkumpulan dengan Wan Safiyya Ayu Maisara Binti Wan Ahmad Kassim dan Nurul Syamira Binti Daud."
     "(Dalam hati) Yess! Akhirnya aku satu group ngan Ayu. Hehe."
     "Dan juga dengan Wan Asyraf Bin Wan Ismail. Semua dah ader group masing-masing. Setiap kumpulan ader 4 orang yer. Jadi saya nak setiap kumpulan mesti lantik seorang ketua. Supaya senang saya nak berurusan bila kita camping dekat sana nanti. Paham semua? Itu saje untuk kelas hari ini. Assalamualaikum."
     "Waalaikumussalam! (ramai-ramai)"

     Adoi. Aku satu group ngan Kurt. Mampus camni. Haish! Dan muka Ayu ketika itu masih lagi masam. Muram. Macam tak gembira je group dengan aku. Tapi biler saje si Kurt ni menegurnya bukan main lagi dia layan. Tapi hari ni bila aku tegur. Dia jawab macam tak ikhlas je. Haishh! Aperlah silap aku ek? Hurmmm...

     "Ayu..Ayu..Tunggulah jap! Janganlah jalan cepat sangat."
     "Hah! Awak nak aper lagi ni?"
     "Ayu..saya nak tanya. Kenape awak macam marah je kat saya? Dari kelas Encik Murad lagi saya tgk awak masam je ngan saya. Saya ader wat salah ke?"
     "Takder wat salah pape pun. Dah la. Saya ngan Mira nak gi cafe makan. Pliss. Jangan kacau k. Jom la Mira!

     Aku tahu Ayu mesti marahkan aku pasal semalam. Sebab aku layan dia endah tak endah je lepas si Kurt blah dari tempat kami berhenti. Ya ALLAH, berat sungguh hati ini untuk menghadapi semua ini. Belum lagi berpacaran. Adoyai. Bala bala. Tiba-tiba...tett tett! Ader satu msg. Dari Mira. Dan dalam msg tu...

     "Amar. Aku ni Mira. Ayu dah ceritakan kat aku semua pasal korang petang semalam. Ko janganlah risau. Ayu bukan marah kat ko. Cuma hati dia skrang tengah runsing dan kusut sebab kehadiran Kurt. Hati dia macam serba-salah. Dia cakap kat aku dia suka ko. Tapi lepas je si Kurt hadir. Hati nya pada ko dah berubah sedikit. Perasaan sayang dia pada Kurt kembali wujud. Yang tu dia serba salah skang ni. Tengah kusut. Bagilah dia sedikit masa k untuk tenangkan fikiran. Harap ko paham. -Mira."

     Hurmm. Lepas je baca msg Mira tu. Hati aku mula sayu. Sedih. Mana taknye. Perasaan Ayu pada aku kian pudar. Seperti bukan lagi sebagai teman rapat. Kenape dia taknak luahkan je sendiri kat aku? Kenape dia mesti lari dari aku? Dan kenape kehadiran Kurt membuatkan hatinya sayang lagi padahal dulu pernah dia memberitahu dia tak nak lagi memikirkan kisah silamnya. Kenape dan kenape? Aku pasrah. Aperlah akan jadi padaku lepas ni. Hurmmm...Sayu menusuk ke dalam hatiku...

Sedihkan tengok si Amar ni? Bukan main mengharap lagi dia pada si Ayu. Tapi last-last ader jugak masalah yang timbul. Sape kat sini yang bersalah sebenarnya? Aku pun takleh bagi jawapan lagi. Kalo korang nak tahu jawapannya dan aper akan jadi lepas ni, tunggu dan baca ye. Sebab ader lagi kisah menarik sewaktu diorang ni pergi ekspedisi mendaki gunung tu. Kat sana banyak dugaan si Amar tempuhi. Memang betul orang cakap. Kalau cinta kita tulus. Pasti dugaannya pun kuat. Sabar ye Amar. Semoga engko tabahkan hati hadapi semua ini. Untuk itu, aku tujukan diorang lagu feveret aku masa skolah dulu. Hehe. Till then. Assalamualaikum.

video

March 17, 2011

Aku, Ayu dan Epal.

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakanku yang disayangi sekalian.

     Waduh! Udah lamer bener aku tidak tulis apa-apa di blog ini ya! Ya memang! Buzi banget. Sori ya sahabat-sahabatku. Okelah. Aku janji aku akan sentiasa update ye. Paling lewat pon sebulan sekali. Cun x? Kih3! Haaa. Bila tgk tajuk tu mesti tertanya-tanya kan pasal si Amar dengan Ayu ni. Kali ini aku sambung citer diorang. Aper kena dengan Ayu? Dan aper kaitannya sebiji epal dengan diorang ni? Jom layan! Zasss! Zusss! Zisss!

     Hari makin hari aku semakin rapattt sangattt dengan Ayu. Entahlah. Bila dah makin rapat ni. Perasaan itu makin membuak-buak. Tak tahu nak ucap macamane. Memang betul la kan. Orang cakap kalau kita dah suka kat orang ni, apa saje benda kita buat kita xleh pikir dengan normal. Macam benda tu control kita seluruhnya. Kan? Tapi takpe. Aku sentiasa gosok dada supaya hati aku ni tak terbawa-bawa dengan nafsu serakah durjana. Haha.

Pabila waktu kuliah sudah tamat...
     "Ayu..awak buat aper ptg ni?"
     "Ermmm..jap nak mikir. Datin ngan awak kot. Haha."
    
     "Wooooo! (member-member aku sorak sakan). Amar dah pandai cocok bintang wei. Haha."

     "Wei. Mana ader. Aku ngan Ayu kawan je la. Jangan ngade-ngade! Pfftt!"
    
     "Mar. Jom la kita keluar. Nanti kang malu plak awak. Hehe."
     "Kedai Pak Mat nak? Hehe."
     "Ala awak ni. Situ je nak pegi. Jangan ingat kita ni dah kapel taw. Cubit kang! Gatal. Haha."
     "Dah tu nak pegi maner? Situ je paling best nak lepak. Kih3!"
     "Eh eh! Gatal btul pakcik ni. Haha. Takyah la wak. Member kita kan ramai lepak situ. Nanti kena boo lagi. Sape malu. Mak ayah bibik saya jugak."
     "Yor la Cik Ayu oi. Den polow jo!"
     "Oke. Camni. Saya bawak awak gi tmpt baikkkk punyerrrr! Nak tak?"
     "Kat ner tu? Kat ner?!"
     "Ala orang tua ni. Banyak tanya lak. Follow je ye!"

     Ayu terus membawa aku ke tempat yang dituju. Aku masih lagi bingung mana Ayu nak bawak aku ni. Hish! Risau la. Nanti kang dia bawak aku tmpt macam-macam. Naya bro! Waduh! Hati makin kencang. Otak makin serabut. Muka makin pucat. Ayu masih lagi tersengih melihat mimik muka yang pelbagai rupa. Haha. Sampai je tempat tu...

     "Ayuuu! Lawanyaaa tempat ni!" (sambil menarik nafas panjang)
     "Lawa kan? Kat sinilah wak tempat saya slalu lepak sorang-sorang. Sebab saya suka tgk sunset. Sukaaa sgtt! Indahkan cipta ALLAH. Subhanallah."



Pemandangannya lebih kurang gambar di atas

     "A'ah la. Memang lawa. Mana awak tahu tmpt-tmpt camni ni?"
     "Dulu. Masa saya dengan ex saya. Dia yang biasa bawak sy datang sini. Kiterorg picnic skali kat sinilah. Study. Dating. Borak. Ber..."
     "Ber aper wak? Haaaa. Ni mesti buat benda tak senonoh ni. HAHAHA!"
     "Hishh! Awak ni. Kesitu plak. Takdalah. Kat sini lah saya bergaduh jugak dengan dia. Kiterorg pon break pon kat sinilah. Memang tmpt ni is very complicated to explain. Sebab mmg bnyk sgt memori saya dengan dia kat sini. Hurmmm..."
     "Ayu...tak semua yang kita pinta akan termakbul. Macam saya wak. Saya nak sgt mak saya ader bila saya grad nanti. Tapi ALLAH lebih sayangkan. Saya terima dengan hati terbuka. Memang perit wak kalau dipikirkan balik sebab saya hanya ader ibu dan kakak je. Tu pun kakak saya sibuk dengan keluarga dia. Tapi awak masih lagi ader mak ayah kan. Awak patut bersyukur sebab mereka masih lagi di sisi awak."
     "Betul tu wak. Mungkin saya tersilap langkah dulu kot. Saya terlalu nak rasa disayangi. Nak rasa dibelai. Nak rasa dijaga. Nak rasa dikasihi sampaikan saya tak pikir perasaan orang lain pun."
     "Perasaan orang lain? Maksud awak aper? Awak pernah gaduh ngan Mira ke pasal dia?"
     "Eh tak la. Malah lebih teruk dari tu. Saya pernah gaduh dengan mak ayah saya sendiri disebabkan dia. Pada awalnya mak ayah saya tak suka laki tu. Entah nape. Tapi saya tetap hati kering nak kan laki tu. Betul lah orang cakap. Kalau kita buat sesuatu tanpa restu mak ayah. Memang niat kita takkan termakbul kan."
     "Betul tu wak. Saya sangat setuju. Takperlah awak. Sabar je. Learn from mistake. Push to the limit. Push Push Push sampai kuar baby."
     "HAHAHA. Awak ni kelakar la. Time kasih wak. Saya baru je nak emo td. Awak plak buat kelakar. Comel. Hihi."

     Kiterorg berbual punya bual sampai lah satu masa Ayu mengeluarkan sesuatu yang aneh dari begnya. Benda tu berbunyi...Click!

     "Eh. Awak ader DSLR gak? Wahh! Jelesnya!"
     "Hehe. DSLR ni pon merupakan salah satu memori saya dulu. Sori wak terambil gambar awak. Bleh wat bantal busuk malam-malam. Haha."
     "Haha. Bantal golek pon buleh. Saya pon teringin gak nak ada kamera canggih camni. Tapi duit tarak. Untungnyalah awak kan. Hehe."
     "Ala awak ni. Asyik rendah diri je. Taw la saya pendek. Uuuu. Jahat taw! Hihi. Camni wak. Aper kata kita lepak sini sampai isyak nak x? Awak xtengok lagi waktu mlm kat cni cmne. Nak x? Pulissss!"
     "Ermm..boleh tapi xtakot kena tangkap khalwat ke? Kan kita dua je kat sini. Haha."
     "Hish! Awak ni. Takderlah. Kat sini ramai orang. Semua tu kan student2 kat sini jugak. Xyah risau la. Jap je. Pas isyak kita balik la k sayang."
     "(Dengan muka blushing) Err...oke tapi saya gi solat maghrib dulu ye. Jom la solat."
     "Saya...saya..tak leh..solat la awak. Hehe. Paham-paham je ler."
     "Haha. Oke. Saya paham. Saya solat dulu ye. Assalamualaikum."
     "Waalaikumussalam."

     Sewaktu perjalananku menuju ke surau, macam-macam yang aku pikir pasal Ayu. Kusut sangat. Tak pernah dalam seumur hidupku seorang gadis melayan aku sebegitu rupa. Baik sekali. Lanja minum. Kuar tgk pemandangan. Aku memang rasa hepi, seronok, bahagia. Akan tetapi kenapa benda ni berlaku kat aku? Apa yang sebenarnya Ayu nampak dalam diri aku? Aku ni mempunyai ciri-ciri lelaki pilihannya kah? Haishh! Kenapelah yer?

     "(Suara kasar) Assalamualaikum! Haaa berkhalwat ye!"
     "Waalai...Hish awak ni. Terkejut je saya dibuatnya taw."
     "Kalau ye pon jawab la salam tu sampai habis."
     "Ye ye! Waalaikumussalam W.B.T. Haaa. Puas?"
     "Haha. Eh awak buat aper tadi masa saya gi solat? Tak takut?"
     "Takder wat pape. Baca nota je."
     "Eh eh! Rajinnya dia. Dah la rajin. Lawa plak tu. Fuhhh! Memang perfect la awak ni. Hehe."
     "Haha. Awak ni. Pandai plak bergurau. Takderlah wak. Saya biasa-biasa je. Nothing perfect. Kat dunia mana ader sempurna wak. Awak..cuba tgk atas langit tu."
     "Subhanallah! Lawanya wak! Tak sangka kan tempat cmni pon ada kat Malaysia. Hehe."
     "Awak..."
     "Yer saya."
     "Dalam hidup awak la kan. Aper impian awak yang awak tak dapat tunaikan sampai skang?"
     "Sebenarnya impian saya hanyalah satu. Saya nak sangat pergi Mekah dengan mak dengan famili. Menggunakan duit saya sendiri. Hasil penat lelah saya sendiri. Tapi ye la kan. Mak saya dah lama takder. Aper saya boleh buat skang hanyalah belajar dan belajar."
     "Sori wak sebab tercakap pasal hal ini. Oke jangan cedih-cedih k. Ader hikmah di sebalik semua ni. Percayalah. Senyumm. Ala tomei-tomei."
      "Awak ni Ayu...slalu je wat saya malu-malu taw. Dah merah dah pipi saya. Hehe."
      "Haa baru la comel kalo pipi merah. Awak...ni ader dua epal. Saya simpan satu. Awak simpan satu. Kita tulis nama masing-masing. Ni simbol perkenalan kita ye. Saya nak terima kasih sangat kat awak. Saya tak tahu nape. Sebelum ni saya takleh lupakan memori pahit saya dulu. Tapi sejak kenal dengan awak. Ntah la. Saya rasa lain sangat. Perasaan hepi tu datang balik. Hehe. Time kasih wak!"
     "It's oke la. Sepatutnya saya yang patut time kasih kat awak. Yer la awak lanja saya makan, bawak saya jalan-jalan. Rasa terharu sangat. Tapi pasal kisah silam awak tu. Takyahlah nak pikir sangat. Past is the past. Next time kalo awak nak cari someone. Biarlah bersebab ye. Because everything happens for a reason. Jangan sekadar ikutkan perasaan. Takkan kemananye kita nanti."
     "Kan elok kalau saya kenal awak dari dulu lagi. Tak sangka awak macam pakar dalam hal sebegini. Prof gitu. Hihi."
      "Takderlah. Saya hanya belajar. Belajar dan belajar. And learn from mistake. Jangan hanya sekadar tahu dan lepas tahu buat tak tahu. Tu tak elok tu."
      "Time kasih wak atas nasihat awak tu. Jom la. Dah lewat ni. Nanti kang tak pasal-pasal kawin free. Hihi."
      "Kawin free pon aper salahnya kan. Haha."
      "Jahatt!"

     Kiterorg mula mengatur langkah menuju ke stesen bus seperti biasa. Hari tu aku nampak wajah keriangan dia. Tak pernah tgk dia hepi sebegitu. Mungkin betul la aper yang dia lalui sebelum ni. Nampak benar dia btul-btul sayangkan ex dia dulu tu. Tapi mujurlah perkenalan antara aku dengan dia tiada cobaan yang mahu memisahkan kami. Aku harap biarlah ia kekal sebegitu hingga akhir waktu. Sebab bagi aku Ayu sangatlah sempurna. Kalau sesiapa memiliki dia, alangkah ruginya aku. Epal. Sebiji buah yang menjadi titik permulaan dalam perkenalan kami. Di tengah buah itu juga diukir namanya dan juga namaku. Ibarat seperti pasangan kekasih yang baru saje menuai bibit cinta dalam hubungan mereka. Tapi adakah Ayu merasa seperti mana aku rasa? Tak mengapalah. Mungkin buah epal ni menjadi sebagai tanda perkenalan aku dengan dia. Oh Ayu! Terima kasih atas buah epal ni. Akan ku semadikan ia untuk seumur hidupku...



Simbol perkenalan mereka

     Macamana citer si Amar ni? Belum abis lagi la. Ayu baru bagi epal je. Tanda simbolik mereka. Hihi. Baguskan si Ayu. Betul-betul berusaha. Susah nak cari pompuan camtu skang. Selalunya lelaki yang kena usaha lebih. Hehe. Takperlah. Moga mereka sentiasa bahagia di waktu akan datang. Nantikan sambungannye ye. Sebab aku pon banyak keje lain kena wat. Sori ye bro! Ni aku hadiahkan sebuah lagu untuk diorang. Till then. Assalamulaikum.


video

February 13, 2011

Langit tak seindah dulu!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.

     Haish! Sudah lama blog-ku bersawang kan? Memang pon. Setiap kali aku post mesti sebut pasal ni. Haha. Aku dah lama tak update. Masakan tidak dong. Sibuk dan sibuk. Ponat pon ado. Takpalah. Aku janji nanti lepas setel semua keje, aku update tiap-tiap hari ya! Insya-ALLAH. Anyway, kali ni aku taknak sambung citer si Amar dengan Ayu tu. Sebab nak bagi korang surprise sikit. Hihi. Bukan ape. Aku takdak mood lagi nak baca original story. Panjang la. Kalo forward kat korang takdak guna aku post sebelum ni. Ya dak? Haha. Sabo la yer! Senyum.

    Okelah. Dah lama aku tertanya-tanya, curious, confius, heran, pelik, bingung dan seangkatan dengannyalah dengan sikap setiap lelaki atau wanita yang udeh berkapel. Terutama lelaki la kan. Sebab aku lelaki. Contohnya macam kat bawah ni...

Aku : Wei ****, jom gi lepak minum tgk bola! Malam ni game best woo!
Member : Wei takleh ar. Awek aku ajak kuar. Sori ar. Mlm besok ke. Kita kuar ek. Hehe.

Besok malamnya...

Aku : ****, tadi aku jumpa awek ko duk lepak ngan ****? Len macam je aku tgk.
Member : Wei! Ko pehal nak sibuk-sibuk urusan aku. Dan ko jangan nak tuduh-tuduh awek aku kuar ngan jantan lain. Aku cepuk ko nnt!
Aku : Hek eleh. Ko ni. Pasal pompuan nak cari gaduh ngan member sendiri. Blah ar ko!

     Korang leh taw kan aper akan jadi pastu? Lu pikirlah sendiri. Konpem gaduh dua orang ni. Yap! Memang betul. Perkara cam gini dah banyak kali berlaku kat aku. Dah serik dah. Pasal pompuan memang manusia hilang pertimbangan. Sampai nak bertumbuk-tumbuk. Macamlah pompuan tu leh bawa ko masuk syurga! Blah la. Marah ni! Hahaha. Takder aperlah. Cuma aku heran kenapalah orang kalo dah ader awek. Member disisihkan. Aper salah member sebenarnya. Dulu bukan main masa takder awek. Lepak skali. Shisha-ing skali. Oppss! Tak elok taw. Jangan hisap! Hihi. Men futsal skali. Makan skali. Cocok bulan skali. Hish! Memang tak leh blah kan kalo laki perangai camni. Pulau je patut. Sedih kan kalo benda ni jadi. Sampai hati ko!



     Jadi, kepada para lelaki, usahlah dikau beryo-yo-oh je ngan awek ko ader tu sampai member pon korang nak tolak tepi. Belum kawin lagi pon. Kudrat pon tak kuat lagi. Jangan nak bangga sgt kalo ader awek tu. Kalo ader awek bleh. Tapi kalo member sendiri pon nak cari gaduh. Aper cer bro? Ibarat kain putih, disimbah minyak, bertahun-tahun pun kain tu masih kotor. Haa paham x? Buat-buat paham la yer! Setakat ni saje entry aku. Semoga korang sentiasa berwaspada dalam apa jua korang buat. Trust yourself. You know more than you think you do. Insya-ALLAH! Till then. Assalamualaikum.



video

February 2, 2011

Ayu, Kau Ratu Hatiku!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan yang aku cayang sangat.

Fuhh! Agak lama aku tak update blog ni. Memang lama giler lah kan. Biasaqlah bro. Hidup 3rd year student ni macam-macam hal la. Tambah-tambah start bulan 5 ni aku dah praktikal. Keje plak. Ntah biler aku leh update blog time tu. Pastu sibuk ngan wedding sedara aku. Wah! Macam aku plak nak kawin yer! Kih3! Aper salahnya kan. Tumpang dua kaki. Anyway, berbalik kepada tajuk entry kali ni. Aku just nak sambung balik aper yang telah tertinggal pasal cerita si Amar tu. Haa. Ingat lagi kan? Ayoyoyo Cik Mek Molek. Ho Hoi Cik Mek Molek. Hihi. Diari Ayu aku tak dapat amek dari member aku. Sebab dia lupa dia letak mana gmbr diari tu. Kalo x senang ckit keje aku. Just letak je gmbr kan. So, terpaksalah aku tulis balik aper yang terkandung dalam diari budak Ayu ni. Haish! Jenuh tangan nak menulisnya. Takperlah. Demi korang, aku sanggup! Hihi. Muahh! Luv you all. Cuma aku tulis part yang best-best la. Yang macam ntah pape. Takmolah. Melotih tangan den jo. So, enjoy the story ya!

Tanpa melengahkan lagi, aku terus bukak diari Ayu tanpa segan dan pilunya. Wow! Memang banyak la benda si Ayu ni tulis. Hurmm. Sehari pon tak habis ni nak baca. Takperlah. Aku try cari part-part yang best. Mana taw nama aku terselit. Tiba-tiba, dengan angin malam oh angin malam meniup rambutku, aku terkejuttt sgttt! Tergamam dan terpaku. Kerana ader satu bahagian dalam diari Ayu yang membuatkan mataku terbeliak, hidungku mengembang, telingaku mengipas-ngipas dan air liurku meleleh-leleh. Euuuwww! Hehe. Meh aku baca ckit untuk korang aper yang buat aku Hepiiii Sgtttt!    

Oktober 12
Yeayy! Harini aku sangatlah suka taw. Sebab ramai sgt wish bufday aku. Plus, harini aku dapat jumpa seorang mamat yg comelllll sgttt! Tak taw nape aku rasa dia comel. Comel la. Walaupun kurang hensem, tapi kecomelan dia tetap menyerlah. Hihi. Tapikan, malulah aku nak ckp kat dia aku suka kat dia. Aku penah ckp kat dia yg dia ni comel je. Agak-agak cair x dia? Hurmm. Bestnya la kalo dapat kenal ngan dia. Tgk wayang sama-sama. Makan sama-sama. Jalan berpegangan sama-sama. Oppss! Sori. Haram tu. Hehehe. Tapi dia comelll sgt! Tetiba bila aku tulis benda ni teringat plak kat boipren lama. Hurmm. Sob3! Lelaki ni mmg la kan. Ego tak bertempat. Marah orang ikut suka hati. Kata macam-macam. Belakang kita ader pompuan len. Blah la ko! Grrr! Oke. Hari yang bahagia xmo jiwa kacau. Tapi kerana dialah aku rasa bertambah happy go lucky! Dia comel. Ntah la. Aku rasa perkataan pertama aku bleh ckp kat dia. Dia comel. Nama dia..err..nnt ye! Aku penah gak terasa hati ngan dia sebab dia tak layan aku. Hehe. Bajet hot kan aku ni. Tapi mmg btul pon dia sombom. Aku tego dia kat stesen bus. Dia wat dekk je. Hurmm. Sape tak sedih taw. Orang yang kita minat tapi dia wat dunno. Pfft! Aku rasa bodoh sgt time tu. Napelah aku pergi tego dia camtu. Mungkin dia datang bulan kot. Hahaha. Tapi Amar...Seriously, saya minat kat awak! For one more time, I minat you lah! I nak knal you lebih dalam lagi. Bleh? Hehe. Miss u Amar! ^_^  

Inilah sebabnya kenapa aku bahagia sgt. Dia minat kat aku rupanya. Baguslah kan aku pon minat kat dia gak. Dah la dia skang pandai stylish. Pakai tudung ala-ala Yuna camtu. Hihi. Comel. Itu antara part yang best aku baca dalam diari Ayu. Ader lagi sebenarnya yang best. Ayu penah citer pasal impian dia, famili dia. Tapi kat sini tak yah la mention semua tu kan. Nanti tak surprise la. Aku btul-btul simpan niat nak buat surprise untuk Ayu based on diari dia tu. Ayu mmg seorang gadis yang baik dan lembut hatinya. Apa yang diberitahu semuanya jujur belaka. Aku percaya pada dia. Ya ALLAH! Jodohkanlah aku dengan Ayu. Aku meminati dia. Dia mencuri isi hatiku. Temukanlah kami Ya ALLAH! Satukanlah hati kami Ya ALLAH! Hanya Kau Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana! Amin.

Keesokan paginya...

"Ayu..Nah, ini dia diari awak. Saya dah jumpa. :)"

"Amarrr! Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih Amar! Ni buat saya sayang awak lebih ni. Hehe. 

"Wahh! Merah pipi nampaknya Amar. Ilek suda lah. Gelabah ar hang ni. Hahaha."
"Ala Mira! Biarlah. Dia kan dah jumpa diari aku. Tak salahkan aku cakap camtu. Kan Amar? Hehe. Haaa. Apa kata saya lanja awak makan? Nak tak? Ini sebagai balasan sebab awak dah jumpa diari saya, Mr. Mickey! Hihi."
"Aku nak gakkk!"
"Ala ko gi jer la date ngan Meor ko tu Mira. Aku date ngan Amar. Hahaha."
"Yer la. Semoga berbahagia. Sukalah hang Amar dapat makan budi member aku ni. Grrrr!"


Aku tak dapat berkata apa-apa. Hanya berdiam diri. Terpaku seorang diri. Mana taknyer. Dia panggil aku sayang, comel siap Mr. Mickey lagi tu. Hanya ALLAH saje yang tahu betapa happy-nya aku time tu. Kami memulakan langkah demi langkah menuju ke cafe Pak Mat. Kat cafe tu memang femes ngan budak-budak baru kapel, dah kapel, yang break up pon ader. Sebab kat cafe ni ader satu minuman yang mmg khas dibuat untuk orang yang hangat bercinta. Kalo korang tgk ader minuman tu atas meja maknanya diorang tu baru sahaj berkapel, or dah lame kapel atau pon break up. Tapi jarang sekali la orang break up atau putus cinta ni order air tu. Sebab minuman tu mmg bagi aura yang len macam punya. Hehe. Nama air tu Pak Mat letak Kopi Cinta. Haaa. Kalau korang nak taw KOPI CINTA ni bukan kopi jantan taw. Dia punya kopi tu ader kat kampung Pak Mat je. Aku pon tak taw kopi aper. Cara nak buatnya, kopi itu di-blend dlu. Pastu diletakkan dengan krim. Ader kacang yang sedap dalam kopi tu. Pastu plak ader buih halus. Buih halus tu sebab dia tarik kopi tu. Haaa. Bukan senang taw nak buat. Part yang susah tu masa tarik la. Sebab buih dia tu bukan macam teh tarik tu. Itu len. Buih dia mmg halus. Macamaner ntah Pak Mat buat...

"Pak Mat, KOPI CINTA dua yer! Saya dahagalah Pak Mat."

"Oke nak. Nanti Pak Mat buatkan. Eh, boypren baru kamu ka? Hahaha."
"Haish! Pak Mat ni. Ader-ader jer taw. Selalu usik orang. Hahaha."
"Oke aper Pak Mat tgk dia. Comel je. Hahaha."

Pak Mat ni seorang lelaki aku respect gak ar. Memang kena respect pon kan. Haha. Dia jenis yang memahami. Orang tua tapi berjiwa muda. Siap ader facebook tu. Wuuu! Bukan kemain lagi Pak Mat ni. Tapi kebanyakan student kat tmpt aku tu mmg selalu lepak cafe dia. Tgk bola. Buat assignment. Sebab dia jenis yang sporting. Kalo orang tak bayar pon dia oke je. Cuma kena masuk buku lima la. Bukan buku lima yang tumbuk tu. Buku lima yang nota tu. Kalau budak bayar lambat dia claim la dengan universiti. Haha. Lucu btul Pak Mat ni. Hehe.


Oke. Skang merupakan saat paling genting dalam hidupku. Berdating. Fuhh! Tak pernah kot aku berdating ngan pompuan sebelum ni. Ayu waktu tu pakai baju kaler putih. Selendang merah. Fuhh! Cantiknya! Ya ALLAH! Kalaulah dia ni betul-betul jodoh aku, alangkah bahagianye yer!


"Oke. Ni KOPI CINTA untuk kamu berdua. Selamat mengharungi suka duka alam percintaan ye anak-anak. Hehe."
"Haha. Pak Mat ni. Ader-ader je taw. Kiterorg baru nak knal-knal je la Pak Mat. Lagi pon mana taw kot-kot dia ni dah ader gurlpren. Melepas la saya. Hahaha. Anyway, time kasih ye Pak Mat. Hehe."


"Awakk! Awakk! Amarrr! Nape ni? Dari tadi saya tgk senyap jer. Saya ader tersalah cakap ke?"
"Eh. Takderlah. Cuma terpikir sesuatu. Hehe. Sori."
"Sesuatu atau seseorang?"
"Betul. Sesuatu. Takyah risau. Aper awak nak tanya tadi?"
"Eh saya ader tanya ke? Haha. Lucu la awak ni. Oke, skang sy nak tanya. Mana awk jumpa diari kesayangan saya tu?"
"Oh, diari awak tu. Sebenarnya wak, camni citer dia. Awak ingat tak time kita jumpa kat stesen bus tu. Yang sebelum diari awak hilang. Ingat tak?"
"Ha'ah. Ingat. Nape?"
"Haa. Time tu la awak tak perasan. Zip beg awak terbukak kot saya rasa. Benda tu jatuh kat bawah kerusi tempat awak duduk. Ingat tak yang time awak kata saya sombom tu. Hehe."
"Oh, ya! Baru saya ingat. Betul lah. Time tu saya terlupa tutup zip beg. Saya ni memang camtu kot. Hehe. Tapi awak time tu sombom taw. Taknak tego pon saya. Sedih saya coram-coram. Ermm."
"Ala awak ni. Sorilah. Time tu saya gabra. Mana taknyer. Kita dua je tunggu bas kat situ. Nanti kan jadi pape sape nak tanggung. Saya jugak. Tak pasal-pasal kawin free. Haha."
"Kalau kahwin free pon lagi senang. Takyah keluar duit. Haha. Comel la awak ni."


Kiterorg terus berbual dan berbual. Tentang diri masing-masing. Famili. Impian. Semualah. Sampai sedar tak sedar. Dah dekat 6 gelas KOPI CINTA kami dah minum. Fuhh! Memang hebat betul la aura KOPI CINTA ni.


"Pak Mat, kiterorg balik dulu ye. Nah ni amek duit minuman ni. Bakinyer...Keep da change!Hehe."
"Time kasih nak. Semoga ALLAH membalas jasa baik budi kamu berdua. Selamat Bercinta! Hihi."
"Hahaha. Ader-ader je Pak Mat ni. Oke Pak Mat. Take care. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."


"Amar. Hari ni awak tunggu bas lagi ke?"
"Ha'ah wak. Macam biasa. Saya ni mana ader transport sendiri wak macam budak-budak len. Saya orang miskin je wak. Hehe."
"Ala awak ni. Ayat touching lak. Oke camni. Saya teman je la awak naik bus. Lagipun umah sewa kita berdua kan tak jauh kan. Ke awak tak sudi saya teman awak?"
"Eh, napelak saya tak sudi? Konpem bleh. Demi awak. Tarak hal la. Hehe."
"Hehe. Time kasih wak! Awak...Nak tanya skit bleh?"
"Bleh. Aper dia?"
"Errr..Camne ek nak cakap. Malulah saya nak tanya. Hihi."
"Takpe. Tanya je. Cakaplah."
"Errr..Awak nape taknak cari sorang? I mean..err..someone special. Nape ek? Saya tgk awak macam sorang-sorang je. Tak boring ke?"
"Ingatkan aper tadi nak tanya. Wat suspen je. Sebenarnya wak. Saya tak berani nak ader someone special dalam hidup sy. Yer la wak. Tgklah keadaan saya. Pakaian pon bukannya lawa macam org len. Duit pon tak seberapa ader. Hanya cukup-cukup makan ngan bayar sewa umah, yuran universiti..ermm..tu je la kot. Sapelah sudi bagi hati kat saya ni? Saya taw. Awak pon mesti tak sudi kan kalo...xpelah."
"Kalo aper? Cakaplah cepat."
"Takperlah. Tak penting pon."
"Cepat cakap. Kalo tak saya majuk! Cepat cakap!"
"Saya cakap awak pon mesti tak sudi kan kalo bagi hati awak kat saya."
"Eh. Sape cakap saya tak sudi. Mana taw kita ader jodoh. Benda ni take time la wak. Lagi pon saya ni bukan jenis gilakan harta. Saya pon pernah kena dumbed dengan laki. Sebab tu sampai skang saya tak cari sesiapa. Sampailah saya jumpa awak."
"Jumpa saya? Na..pe..wak? Saya tak paham."
"Eh. Takder papelah. Saya silap cakap je tadi. Jomlah. Bus dah sampai tu. Nantikan lewat plak balik. Risau si Mira nanti. Hehe."

Hari yang paling bahagia adalah hari aku dating bersama Ayu. Tak sangka ader gak pompuan yang sanggup meluahkan isi hatinya sebegitu rupa. Aku ni rupa takder. Harta jauh la skali. Tapi takperlah. Aku tetap bersyukur. Tapi yang mengherankan aku. Kenapelah dia cakap sampai jumpa aku. Aper maksud dia ek? Takpelah. Lagi pon dia cakap benda ni take time kan. Kih3! Macam aku konpem-konpem dapat dia je kan. Hahaha. Papepon, Ayu...Kau Ratu Hatiku!

Bagaimana citer si Amar ngan Ayu ni? Layan kan. Bagi aku, Amar ni agak gelisah kot. Yerlah first time gi dating. Pompuan plak tu mengajak. Susah woo zaman sekarang pompuan ajak dating walaupun belom officially couple. Fuhh! Untung si Amar ni. Dah la si Ayu tu baik orangnya. Siap belanja KOPI CINTA lagi tu. Aku pon teringin gak nak minum air tu. Yer la mana la taw. Dapat jodoh esok lusa. Haha. Mengarut je kan. Okelah. Nanti aku sambung balik kisah si Amar dengan Ayu ni. Bagaimana perjalanan cinta dan hubungan diorang. Jumpa lagi anda di lain waktu. Sebelum aku berundur. Terimalah Ratuku. Till then. Assalamualaikum.


video
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...