December 12, 2010

Aku.Kak Ann.Dan Memori.

Assalamualaikum W.B.T sahabat sekalian.

Situasi : Umurku 12 tahun. (UPSR la ye!)
Kalo nak cerita kisah aku masa aku 12 tahun ni mmg bnyk. Tapi aku cerita yang part best la kan. Tak tau la best x untuk korg. Nama pon cerita kan. Kalo kita sebut zaman budak-budak mmg ada yang nakal ada yang skema. Tapi aku dulu ada dua-dua. S.K.E.M.A pon ada. N.A.K.A.L pon ada. Dulu aku penah minat sorg cikgu ni. Ustazah la kirakan sbb dia mengajar PAI. Paham-paham sndri la ye aper tu PAI. Kalo abis je waktu kelas dia. Aku mesti belikan dia air kopi 50 sen. Mahal tu. Masa budak-budak dulu 2 hinggit pon dah kira kenyang. Tak macam sekarang. Budak-budak sekolah rendah pon dah pandai pakai I-phone. Oke balik kepada ustazah tu. Ustazah ni mmg rajin orangnya. Nama dia aku panggil Kak Ann sbb dia suh aku panggil nama tu. Lagi pon dia muda lagi. Tak silap aku umurnya time tu dalam 18 kot. Ntah la. Tak berapa nak ingat. Muka dia ala-ala cam pelakon Fida tu. 

Comelkan Cik Fida kita ni. ;)

Sambung balik. Kak Ann mmg seorg yang rajin. Lepas abis kelas je dia selalu sapu sampah. Sebab budak-budak kelas aku memang 'sampah abis'. Jadi, sebabkan minat kat ustazah ni. Aku lah org yang selalu tolong dia kemas-kemas, sapu-sapu sambil menjeling matanya. Kalo dalam loghat kelate, org ckp 'gelenya'. Hihihi. Ada satu masa tu matanya menjeling mataku. Wah! Betapa hepinya mataku ni. Auww! Rasa macam nak terkucil. Lalu Kak Ann mula bersuara

Kak Ann : Wan Zul, kamu ni saya tgk rajin bebeno ye! Mesti mak ayah kamu bangga tgk kamu cmni.
Aku : (Dalam hati ya ALLAH. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hepinya aku! Nak nangis pon ada rasanya. ;DD) Takdalah kak. Saya ni pemalas sebnrnya. Saje je xder wat pape kat umah kan. Jadi tolong-tolong la kemas sikit. Hehe.

Kiteorg berborak la sampai ke Asar. Aku ckp kat mak aku suh amek aku lmbt ckit sbb aku ckp aku ada kelas tambahan. Haha. jahatkan aku. Semata-mata nak berdating ngan Kak Ann sanggup bohong. Mama. Ampuni dosa anakmu ini! Masa aku date ngan Kak Ann, hati den ni slalu berdebo. Dah lah jarak duduk aku ngan dia sgt sgt dekat. Huishh! Lupalak kebetulan masa tu dia tgh tggu kawan dia amek dia kat skolah aku tu. Jadinya aku ada peluang la nak date ngan dia lagi lama...

Selama sebulan aku date ngan dia. Bagi aku date la kot. Tak tau la bagi dia cmne. Hubungan kiterorg semakin rapat. Hati semakin berdebo. Ada satu masa tu dia ajak aku datang umah dia hujung mggu sebab dia wat makan-makan ckit. Konpemlah aku pergi kan. Umah dia mmg besor. Anak org kaya rupanya ustazah aku ni. Mmg tersgt malu nak masuk sebab aku sorg budak laki dalam umah tu. Yang len sumer member-member dia. Mmg kalo pakai blusher pon xhilang merah kat pipi aku ni. Tapi hari tu lah sgt indah. Sebab sumer member-member dia puji aku. Wahh! Lagi sekali rasa nak menangis. Sob3!

Macam biasa aku date ngan dia lagi. Kali ni aku nawaitu nak bagi dia something yang dia ingt aku selamanya. Jadinya, aku bohong lagi sekali Mama aku. Hahaha. Jahat dabel aku ni. Pinjam duit mama nak beli hadiah untuk Kak Ann. Aku belikan dia kain tudung yang ada corak-corak sikit. Masa aku date ngan dia, aku selitkan kain tudung tu kat dalam beg skali ngan kad bufday dia. Tapi aku tak tulis nama aku. Cumanya aku letak alamat umah aku. Yer la nk bagi no phone. Hp xder bro!

2 3 lepas aku berdating ngan dia, ada ustazah len masuk dalam kelas aku. Budak-budak sampah kelas aku tu naik heran, naik angin sumer diorg naik. Ye la. Dah dekat 8 bulan xsilap aku Kak Ann mengajar kiteorg. Tup tup top top dah hilang cmtu. Aku lah org paling xsedap hati bila Kak Ann xdtg kelas aritu...

Aku : Ustazah, mana perginya ustazah kami?
Ustazah : Oh, ustazah kamu sudah dipindahkan ke sekolah lain. Jadi, saya akan jadi ustazah kamu yang baru.

Hatiku sangat remuk + duka + lara. Sedih tak terhingga aku bila dapat berita camtu. Seblom ni aku xpernah dapat A utk subjek PAI tapi kerana Kak Ann lah aku bisa mendapat result yang bagus. Seminggu kemudian, aku dapat sepucuk surat. Mama aku pon naik heran, naik angin, naik senggugut dia. Yer la xpernah aku dapat surat seblom ni. Bila aku bukak je surat tu, mmg terkejut beruk anjing sumer ada. Surat dari Kak Ann. Air mata mula mengalir. Dalam surat tu, dia cakap dia sgt sgt berterima kasih sebab bagi dia tudung yang cantik dan sebab jadi anak murid dia yang sgt happening. Dia ckp dia skang mengajar kat sekolah hulu kampung dekat Pahang. Dia ckp yang dia mmg sgt gembira setiap kali bersama aku + dia ckp ni la first time anak muridnya begitu rapat ngan dia. Nak ringkaskan lagi surat tu ayat dia yang terakhir...

           'Wan Zul, Kak Ann berdoa agar kamu dapat belajar dengan elok bila saya takda disisi kamu. Jangan berharap keyakinan tu datang dari saya ataupun orang lain. Cari keyakinan kamu sendiri. Saya tahu kamu boleh. Untuk pengetahuan kamu, saya tiap-tiap hari pakai tudung kamu bagi kat saya bila saya pergi mengajar. Kamu ni comel la! Hehe. Okelah ye. Setakat ini je la yer kata-kata saya untuk kamu. I will miss every moment that we shared. Miss you a lot, my dear! Wassalam.'

Sejak dari hari tu, aku dah bertekad bila UPSR nnt aku nak dapat A untuk subjek PAI dan setiap kenanganku bersamanya takkan ku lupa sepanjang bila-bila. The End.

Jadi, itulah serba sedikit kisah aku masa UPSR dulu. Agak nakal. Ntah la nakal ke. Haha. Korg sendiri judge ye! Sampai skang aku dah xjumpa or contact ngan Kak Ann lagi. Mmg sedih tapi nk wat cmne kan. Aku hantar surat kat dia pon dia xpernah nak reply. Mungkin dah pindah tmpt len kot. Hampir 8 tahun kenangan tu berlalu, tapi aku masih ingt lagi sebab memori itu takkan luput ditelan zaman. Dengan ini, aku tujukan lagu khas buat Kak Ann tersayang. Till then. Assalamualaikum. :)


 

2 comments:

  1. wah~~ camner aku leh tktau neyh?? kak ann mana plak? cte2 lg...heheheh

    ReplyDelete
  2. haha. tu la citer dia. ni kisah masa kecik2 dlu. time2 nakal dlu. tp dh pandai jiwang kan? haha. ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...