January 18, 2011

D.U.I.T = Money?


Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah. Hari ini kita semua masih lagi bernafas seperti sediakala. Tarik nafas panjang-panjang. Bukak dada. Tunjuk ketiak. Oppss! Berbau disitu. Hahaha. Oke. Hari ini, aku ingin berkongsi cerita tentang D.U.I.T. Ini bukannya duit betul-betul ya! Absolutely NO! Marah ni. Haha.

     D = Doa :: U = Usaha :: I = Ikhtiar :: T = Tawakal

Haa. Penah dengar kan perkataan ini. Yup! Perkataan inilah selalu aku guna kalau macam aku down, moody, datang bulan. Errr ye kot. HAHA. Ader orang pesan kat aku. To be the BEST, you have to beat the BEST. Jangan korang pegi pukul orang plak pasni yer! Don't miscommunication di sini. Banyak benda kita boleh jadi yang terbaik. Antaranya...

Waktu anda tengah study
Mungkin ketika anda ingin masuk ke alam perkahwinan
Mungkin juga anda ingin menjadi seorang pemain bola sepak professional

Itu antara situasi-situasi yang anda mungkin ingin menjadi terbaik dalam perkara tersebut. Tetapi persoalannya setakat mana usaha yang korang letak. Aku pernah belajar satu benda dari seseorang. Dia mengatakan bahawa manusia ini kebanyakkannya hanya mempunyai HOPE tapi tak ada BELIEVE. Maksud HOPE disitu adalah kebanyakkan manusia hanya berangan-angan ibarat mimpi di siang hari, air telaga tak naik-naik lagi. Tetapi tak semua dari mereka mempunyai BELIEVE dalam diri masing-masing. BELIEVE itu hanya akan hadir jika kita ada D.U.I.T. Percayalah! Believe it or not, you will succeed with D.U.I.T. Hahaha. Oke. Mari kita sama-sama baca cerita yang aku terima dari seorang sahabat...

     Hari ini...seperti sediakala aku menjalani kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti. Aku masuk ke sini kerana usaha kerasku sewaktu STPM dahulu. Aku orang miskin. Tak berbapa sejak kecil lagi. Dan ibuku baru sahaja meninggal 3 bulan lepas. Hingga kini, aku hanya mempunyai seorang insan yang bergelar kakak. Kakakku sudah pun berkahwin. Masih lagi fresh orang kata. Hehe. Mari aku cerita kisah hidupku di waktu dulu sebelum aku sampai di menara ganding ini. Sewaktu ketika dahulu, hidup memang serba-serbi kurang. Ini tak ader. Itu tak ader. Ketika itu, aku masih di bangku sekolah, belajar dan belajar untuk menghadapi STPM. Kakakku tidak lagi menyambung pelajarannya kerana kekurangan wang dan hidup kami yang serba-serbi miskin. Jadi, kakakku mengambil keputusan untuk mencari kerja semata-mata ingin menjaga ibuku dan juga menampung pelajaranku di masa hadapan.

     "...Amar, akak dah dapat keje. :) "
     "Keje aper kak?" rintihku resah.
     "Akak dapat keje jadi promoter dik dekat supermarket kat umah kita tu. Dia cakap kalo akak keje tetap dia bayar 4.00 sejam. Okelah kan."

     Ibuku hanya mampu tersenyum. Tapi dalam hatinya, aku tahu dia bersyukur dengan kesungguhan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan.

     "Mia, mak nak pesan. Bila keje nnt jangan selalu susahkan orang. Keje betul-betul. Jangan terlalu ikut kehendak kawan-kawan yer. Jangan lupa mak dan adik nanti bila dah berjaya."
    "Mak, Mia janji mak. Mia janji Mia takkan tinggalkan mak dan adik Amar."

    Kakakku menangis melihat ibuku yang sakit di atas katil disebabkan buah pinggangnya yang rosak. Hanya bergantung kepada ubat sahaja. Doktor di hospital pernah menawarkan kami untuk menukar buah pinggang mak aku tetapi kosnya sangat sangat sangatlah tinggi harganya. Terdetik satu benda dalam hatiku. Adakah manusia sekarang ini lebih suka melihat kemewahan dunia daripada keperitan seorang ibu? Geram rasanya dalam hati aku nak cakap kat doktor tu. U Stupid Bloody Fool! Sejak dari itu, aku dah mula berjimat cermat sampailah sekarang.

     23 April 2008. Tarikh yang menentukan masa depanku. Keputusan STPM keluar pada hari ini. Hatiku sangat berdebo orang Perok cakap. Tapi waktu tu aku di hospital disebabkan buah pinggang ibuku memang di tahap kritikal. Aku hanya membaca surah Yassin untuk ibuku. Memang aku nampak keperitan seorang ibu pabila dipanggil Malaikat Maut. Tapi apa yang boleh aku buat? Hanya doa dan surah Yassin sahaja dapat menghilangkan deritanya.

     "Amar, baik kamu pergi sekolah hari ini. Ambil result kamu. Kemudian tunjuk kat mak. Pasal mak ini takpe. Biar akak jaga mak. Pergi sekarang."
     "...Tapi kak..mak.."
     "Akak cakap pergi!"

     Aku memulakan langkahku menuju ke sekolah. Tapi kakiku sangat berat untuk meninggalkan ibuku yang sedang melawan keperitan maut. Ya ALLAH! Kuatkanlah hati ibuku. Ringankanlah bebannya. Amin. Aku meneruskan perjalanan. Dub dub! Dub dub! Dub dub!

     "Amar Shahidan Bin Kassim. Sila ke hadapan."
     "...Saya cikgu..."
     "Tahniah Amar! Awak dapat keputusan yang cemerlang! Tahniah dari cikgu dan pihak sekolah!"
     "Terima kasih cikgu. Terima kasih sangat-sangat." hatiku girang gembira. Teramat.

     Tanpa memikirkan rakan-rakanku yang lain, aku terus berlari menuju ke hospital untuk memberitahu berita gembira ini...

     "Akak! Amar dapat..."
     "Amar...mak...dah...mening..gal"
     "Apa??!! Makkk!! Mak, kenapa mak! kenapa! Mak dah tak sayang Amar lagi ke mak! Macamana Amar nak hidup tanpa mak! Makk...!"

     3 bulan kemudian. Hurmm. Itu semua memori yang tak dapat kulupakan seumur hidupku. Oke. Dah jangan bersedih lagi. Kita masuk happy moment pulak. Bila dah masuk alam universiti ni kan mesti ada niat nak try sorang kan. Haha. Aku ader jumpa awek dari belakang. Baik punya. Jangan bayang benda len plak yer. Tapi satu je masalah aku. Aku ni jenis pemalu nak dekat ngan pompuan. Memang shy shy cat la! Ader satu hari aku tanya member-member aku pasal dia cuba korek pasal dia. Aku siap tulis lagi dalam note aku semua tentang dia. Minat punya pasal. Satu benda yang aku tahu pasal dia ni, dia tersangat suka bunga ros putih dan minyak wangi yang latest. Kalo ader depan depan mata tu, semua nak try. Aku mula pikir kalo macam ni mampoih aku nak beli semua untuk dia. Tapi takperlah. Minat punya pasal. Haha. Copy paste disitu.

     12 Oktober 2009. Tarikh ni merupakan hari lahir dia. Semua classmate aku wish kat dia. Cuma aku jer segan pilu milu buntu.

      "Awak..He..He..pi..buf..buf..day ya!"
      "Apesal tergagap-gagap ni? Dah macam terencat dah saya tgk. Haha. Time kasih awak!"

    Wajahnya yang ayu. Senyuman yang menawan. Bertudung cantik pulak tu. Fuhhh! Ko ni memang lawa la Ayu. Haa lupalak nak bagitau nama. Nama dia Wan Safiyya Ayu Maisara Binti Wan Ahmad Kassim. Macam nama bapak aku kan. Haha. Tapi simple je panggil dia. Ayu. Macam lagu kat bawah ni. Kau memang sangat cantik Ayu...


     To be continued...

Sebenarnya cerita yang kawan aku post ini agak panjang. Aku pon blom baca abis lagi. Itu sahaja yang dapat aku kongsi buat masa ini. Cerita memang menarik. Mungkin sebab aku ni jenis yang suka baca usaha, penat lelah orang kot. Macam bagi semangat gitu. Hehe. Okelah. Nanti sambungannya aku cerita-in lagi ya! Hehe. Tapi aper yang aku dapat ungkapkan dari kisah si Amar ini, dia memang menggunakan perkataan D.U.I.T itu sebagai penghias masa depannya. Jadi kat sini kita pon boleh meniru cara Amar untuk berjaya sama ada dari segi pelajaran mahupun pikat perempuan. Hihihi. Kalo nak berjaya tiru jer orang yang berjaya yer! Okelah sebenarnya aku sangat penat sekarang ini. Baru jer lepas main futsal. Kaki kena sepak woo! Biru abis betis kesayanganku ini. Untuk menutup tingkap, aku hadiahkan korang lagu...'Suara Ku Berharap'. Till then. Assalamualaikum.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...