June 15, 2011

Aku Masih Di Sini Sayang!

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakanku.

Alhamdulillah. Syukur. Exam pon dah abis. Setel semua. Cuma skang yang sedihnya praktikal. Adoi. Tapi kan kalo di pikirkan balik cepat tul masa berlalu. Aku pun tak sangka yang aku sudah nak jadi FINAL YEAR student. Wow! Senior tu. Hahaha. *Gelak Besar*. Hidupku selama 21 tahun. Fuhh! Macam-macam berlaku. Mahu sedih. Mahupun gembira. Semuanya bercampur baur. Ibarat batu di lempar ke dinding keluar emas berkeping-keping - Akta Mael Lambung. Satu perangai yang korang patut tahu pasal aku. Patut ke? Takpe nak bagitau gak. Aku suka tengok bulan waktu tengah malam. Waktu orang tengah syok buat taik mata yang masin. Aku kuar. Amek tengkuk. Tarik ke atas. Bukak dada. Lepas nafas panjang-panjang. Subhanallah! Cantiknya bintang-bintang di langit. Lawanya bulan pada malam ni. Dan pada saat itu aku mula la pikir macam-macam. Kisah silam ku. Masa depan ku. Pacaran. Cewek. Kawan. Famili. Sekolah. Belajar. Semuanya berlaku pada satu malam. Dan pada malam seterusnya. Topik sama kuar. Tapi berlainan gaya pemikirannya. Waduh! Falsafah buat seketika. Oke. Tarik kentut panjang-panjang. Sekarang aku nak sambung citer si Amar, Ayu dan si lahabau Kurt. Marah ni. Hahaha. Tak la. Aku xmarah pon. Cuma anger je. Auuuwww! Tor-spokim Bugis. Maap yo! Jomm semua! Layannn! Zassss!

Bingung. Itu perkataan yang keluar dari kotak akal-ku. Kenape dengan si Ayu ni? Mai period agaknya. Haish! Risau la. Kelas algebra Encik Mohan ni pon tak leh nak fokus dah. Sampai vector pon aku tertulis 'Votox'. Ish! Teruk beno dah ni sangap aku kat Ayu. Ayu Ayu! Napelah ko ni buat dadaku semput? Hurrmmm...

     "Ayu! Ayu! Wei tunggulah sat! Laju sangat hang nak lari dari aku ni. Wei aku nak bagitau ni."
     "Hah, aper dia wak?"
     "Aku tak sangka kita leh group sekali. Ader can la aku nak ngorat ko balik kan. Hahaha."
     "Eh eh. Ngade tul mamat ni. Takyah nak mimpi sangat la wak. Ader lagi orang layak leh ngorat saya."
     "Hah?!! Ader orang lain?! Sape?! Sape?!"
     "Aderlah. Mana leh bagitau awak. Dah la. Saya dah nak balik umah ni. Mendung je tgk awan arini. Okelah wak. Saya balik dulu ye. Take care."
     "Take care sayangku! Hihi."
     "Werkkkk! (sambil menjelir lidah manjanya)"

Haish! Jeles plak tengok dua orang ni duk manjan-manja. Sapelah orang yang layak ngorat si Ayu ni ye. Harap-harap aku lah. Pliss Ayu! Pliss! Petang tu. Aku balik sorang. Walaupun aku duk satu kerusi menunggu bas yang sama. Ayu tetap berdiam dengan ku. Aku nak datang dekat dia. Tapi aku takut. Berat sangat hati ni nak gi dekat dia. Ntah nape ngan perasaan ini. Arghhhh! Tensinyer. Di kala otak ku tgh kusut, tiba-tiba...

     "Amar..Tak naik bas ke? Bas dah nak gerak ni."
     "Aaaa..aper wak?"
     "Bas dah nak gerak ni. Tak naik ke?"
     "Aaaa ye ye. Jap saya naik."

Dalam bas tu. Aku duk sebelah Ayu. Tapi aku masih tak leh bercakap dengan dia. Dia duk syok layan Sony MP3 dia tu. Nak cakap aper la ngan dia ek. Kusut! Kusut! Takperlah. Aku test skali. Aku cuba beranikan diri...

     "(Sambil tolak sikit bahu Ayu dengan lembutnya) Ayuuu..Ayuuu.."
     "Hah awak! Nak aper? Kaco je la orang nak layan lagu."
     "Tak...bukan aper..saya cuma nak tanya...errr..boleh kan?"
     "Haaa tanyalah cepat!"
     "Saya nak tanya...awak ngan Kurt.."
(Bunyi guruh yang kuat skali)
     "Awakk! Cakap kuat sikit tak dengarlah!"
     "Tak saya cakap..awak ngan Kurt masih.."
     "Awak. Kita borak lain kali la ye. Umah saya dah nak sampai. Saya nak gi depan. Hujan ni. Takut tak sempat sampai umah lak. Oke. Babai."
     "Errr..Aaaa..Oke..Jaga diri wak."

Adoyai. Tak sempat jugak aku nak tanya. Pakcik bas ni pon awal plak dia berenti. Napelah jadi cam gini. Nape? Nak nangis la plak. Takperlah. Layan je la perasaan ntah pape ni. Esok je la tanya dia...


     "Mira. Aku nak pegi tasik la. Nak ikut tak?"
     "Malaslah aku. Aku ader berlambak lagi ni esemen kena siap. Ko pegi la sorang-sorang. Jaga diri leklok. Malam ni tau."
     "Hurmm. Takperlah. Aku pergi sorang je. Kunci pintu umah ni."
     "Majuk plak. Manja tul.


Sewaktu Mira sedang berjalan di tasik...
     "Eh, awak Amar! Awak...buat ape kat sini?"
     "Hurmmm. Saje je awak. Tenangkan fikiran."
     "Tenangkan fikiran ke atau fikir pasal gurlfren ni? Hehe."
     "Ermmm. Biarlah saya terus terang ye. Sebenarnya...saya..pikir pasal awak."
     "Haish! Ye ke ni? Serius je bunyinya. Aper yang awak fikir pasal saya?"
     "Saya nak tanya. Kenape awak lain skang? Awak tak macam dulu tau. Malam ni baru saya nampak awak tegur saya. Sebelum ni awak selalu tarik muka. Kenapa awak? Kenapa awak cuba nak mengelak dari saya?"
     "Banyak pulak awak menanya. Okelah. Saya bagitau awak. Sebenarnya pun tujuan saya datang tasik ni pun sebab nak release tension. Tapi alang-alang awak dah ada kat sini. Biarlah saya cerita hal sebenarnya. Sebenarnya kan awak. Sejak Kurt datang balik depan mata saya. Saya jadi keliru. Nape hati saya berdebar-debar bila tengok Kurt? Terus-terang saya katakan saya memang sayang kat awak. Tapi saya taknak ada apa-apa perhubungan istimewa lagi. Sebab saya taknak jadi macam dulu. Awak tak tahu kisah silam saya. Banyak benda berlaku dalam hidup saya wak. Apa yang saya nak ceritakan ni harap awak tak bagitau orang lain. Sebab cerita ni hanya saya dan dia saja tau."
     "Sape dia tu awak?"
     "Ex boifren saya."
     "Kurt ke?"
     "Taklah. Sebelum Kurt. Saya penah couple sebelum saya couple dengan Kurt. Itu memori lama saya. Even Kurt sendiri pun tak tau cerita ni. Saya cerita kat awak sebab saya percayakan awak. Supaya awak tahu sape saya sebenarnya."
     "Hurmmm. Oke. Ceritalah. Saya dengar."
     "Tapi awak janji awak tak marah kat saya ek."


Waktu tu air mata Ayu dah mengalir sedikit demi sedikit membasahi pipi putihnya...
"Sebenarnya...sa..ya..dah tak.."
     "Stop! Tak suci? Macam tu?! "(dengan nada tinggi)
     "Ya...sebab itu setiap kali perkenalan kita, memori yang saya bina dengan awak. Saya tak pernah ingat sikit pun pasal kisah lama. Tapi..."
     "Tapi kenapa awak ingat balik semua tu bila Kurt muncul depan awak?"
     "Sebab Kurt adalah adik tiri ex-boifren saya tu. Saya couple dengan Kurt sebab nak cover perbuatan kami berdua."
     "Astagfirullah! Awak! Kenapa awak? Kenapa?"
     "Saya mintak maaf awak. Saya tahu saya salah. Saya mintak maaf sangat-sangat." (air mata Ayu mengalir teresak-esak)
     "Awak baliklah dulu. Kita cerita ni kemudian. Awak baliklah. Saya tak boleh bagi apa-apa respons sekarang. Awak balik lah. Please balik lah!"
     "Tapi awak..."
     "Saya kata balik balik la, POMPUAN!"
     "Sampai hati awak, Amar!"


Ayu terus pulang selepas aku menengking dia. Aku tahu aku tak patut memarahi dia sebegitu. Tapi aku tak tahan sangat dengan perbuatan dia dulu. Aku takleh terima semua ni. Kenapa aku ditakdirkan bercinta dengan dia? Ya ALLAH! Adakah patut aku menerima dia? Atau aku patut ucap selamat tinggal kepadanya? Tolonglah aku, ya ALLAH!


Hurmmm. Begitulah cerita si Amar dengan Ayu buat sementara ni. Amar tak terima yang Ayu sudah kena terubuk tupai. Sian kan. Tapi adakah Amar akan jadi lelaki sejati? Akan menerima Ayu sebagaimana dia sekarang? Sama-sama kita nantikan ye. Till then. Assalamualaikum.







6 comments:

  1. be a genuine man, every human make mistakes but there a chance to built new btter life,..

    ReplyDelete
  2. ni tuju kat saya ke? haha. i will. insya-ALLAH. thanks. =)

    ReplyDelete
  3. aku rasa amar terima ayu kot..sebab tajuk atas tu macam ada harapan je dia nak terima ayu kan....

    ReplyDelete
  4. nak ke? sila la. ayu masih single mingle tringle. ;)

    ReplyDelete
  5. wow. nice cerita ni.. ok. cepat sambung. nak baca ^^

    ReplyDelete
  6. haha. kena satu2. kalo nak citer ni je. xbest la kan. mood kena tukar sikit kadang2. ekeke. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...