April 18, 2011

Dalam Manis Ada Pahitnya

Assalamualaikum W.B.T sahabat disayangi sekalian.

Aper khabar sih? Lama kok gue gak berbicara di sini. Waduh! Masakan tidak final udeh dekat dong. Preparation bulum cukup lagik. Okek. Skrang gue gak mau bicara banyak-banyak sebabnya gue mau sambungin cerita si Amar sama itu Ayu dong. Waduh! Bisa-bisa aja sih. Mari semua kita hayati sweet moments between these two lovely birds ya! Dan di samping kemanisan yang diorang rasai ader sesuatu yang mengejutkan si Amar. Nak tahu aper? Haa baca ler citernya kat bawah ni ye! Enjoy! Zasss!

     Hari demi hari. Perhubunganku semakin jelas terpampang di wajah Ayu yang sememangnya Ayu suka padaku. Tapi biasalah perempuan malu-malu sikit nak ngaku kan. Tapi aku juga berasa gitu. Masakan tidak. Ayu. Wanita yang serba-serbi sempurna. Punyai rupa yang cantik. Pelajaran yang tinggi. Hidup yang mewah. Disukai oleh semua orang. Kalau nak dibandingkan dengan aku. Apa yang aku ada. Aku cuma ader buku. Beg. Nota. Baju pon sekadar 2 3 helai sahaja. Hidupku memang miskin. Sejak dari dulu lagi. Dan oleh kerana itu, aku merasakan aku tidak patut men-sia-siakan peluang di depan mataku. Iaitu Ayu. Oh! Ayu. Kau memang merubah banyak benda dalam hidupku. Dan pada suatu petang, sewaktu kami berdua baru sedang berjogging...

     "Awakk! Fuhhh! Penatlah...Kita rest jap! Adoi. Penatnya..!"    

     "Ala awak ni. Jogging baru 10 minit dah penat. Macamana nak fit? Hahaha (aku gelak besar)"
     "Ye ler. Awak tu kan laki. Mesti la kuat dari saya yang lemah ni. Werrkkk! Dah la. Kita rehat la jap."
     "Oke oke. Awak duduk dulu. Tarik nafas panjang-panjang. Hummmppphhhh...Lepasss! Tarikkk hummmpphhh...lepasss! Tarikkkkk...hummmphhhh...tahannn...lepasss!"
     "Fuhhhh! Penat gilerrr. Tak pernah jogging sepenat ni."
     "Ai..baru sekejap jogging dah penat. Haha."
     "Eh eh orang tua ni. Tak abis lagi perli saya yer. Jahat! Werrkkkk!"
     "Haha. Sorilah wak. Saya gurau-gurau jer. Awak...ader satu perkara saya nak bincang dengan awak sebenarnya. Boleh?"
     "Haa cakaplah. Jangan duk sengih jer. Saya penat ni."
     "Ala awak ni. Oke oke. Camni. Awak tau kan saya ni bukannya ader duit banyak sangat."
     "So?"
     "Jadi, saya ingat saya nak cari keje part-time. Ye la kurang-kurang nanti kalo dating ngan awak takyah la awak lagi nak lanja saya. Hehe."
     "Haha. Awak ni. Saya lanja awak ikhlas oke. Tak mengharapkan aper-aper balasan pun. Don't worry my dear. Tapikan awak nak keje aper? Kat ner? Dah dapat ke lom? Ader interview ke?
     "Mak ai. Banyaknya soalan. Haha. Oke saya jawab satu-satu. Saya haritu penah tanya si Meor kalo ader lobang keje kat KL ni. Dan dia cakap banyak. Mintak jer mana-mana yang saya suka. So, saya pikir punya pikir. Saya ingat saya nak keje..."

Tiba-tiba ader satu suara datang tidak jauh dari tempat kami berhenti...
     "Ayuuu! Wahhh! Dah lama giler tak jumpa. Watpe ni? Datingkah? Haaa boipren baru ek? Haha."
     "Eh, Kurt. Awak rupanya. Buat aper kat sini?"
     "Aku duk jogging la ni. Tiba-tiba nampak ko duk sangap berborak kat sini ngan boipren baru ko. Tu yang tegor tu."
     "Hishh! Ni bukan boipren saya la. Kiterorang kawan jer. Meh saya perkenalkan. Ni kawan saya Amar. Amar..ni la dia ex saya. Nama dia Asyraf. Tapi orang panggil dia Kurt. Sebab dia ni memang minat tahap gampang dengan Kurt Cobain. Sampaikan hari tu dia penah jawab exam pakai nama Kurt Cobain bin Ismail. Ntah pape je la kan. Haha."
     "Perghh! Ko masih ingat lagi ek kisah tu? Dah lama kot. Wei ko aper cer skang..(suara diorg makin perlahan dalam fikiranku)"

     Dan aku termenung. Melihat mereka terus berbual. Berbual dan berbual. Aku. Agak moody sedikit melihat mereka berdua. Mana taknya macam pasangan kekasih yang baru saje bertemu. Dan pada saat si Ayu bagitau aku yang si Kurt ni bekas kekasihnya. Bulu roma aku terus naik wei. Macam ader satu angin masuk dalam badan. Hatiku waktu tu berdebo-debo. Aku cuma terdiam. Terus membisu...


     "Apesal ngan member ko ni? Taknak knalkan diri ke?"
     "Amar...amar...amar! Kenape dengan awak ni? Terdiam je saya tengok. Ader aper-aper yang tak kena ke? Ni ha bekas kekasih saya dulu. Kenal-kenal lah korang."
     "Hai. Aku Amar."
     "Nama aku Asyraf. Tapi ko buleh panggil aku Kurt. Ko asal maner?"
     "Aku lahir kat Ipoh, Perak tapi membesar di Melaka. Ko plak asal maner?"
     "Aku memang pure KL. Lahir dan membesar kat KL. Tak pernah lagi keluar mana-mana negeri. Okelah. Aku dah takder masa ni. Aku tinggalkan korang berdua. Selamat berkasih la ye Ayu. Babai."
     "Eh awak ni. Ke situ plak. Okelah. Jaga diri ye wak. Daaaa."

     Tangan Ayu melambai-lambai ke arah Kurt seperti isteri melihat suaminya pergi mencari nafkah. Aku lihat sungguh jelas di mata Ayu bahawasanya Ayu masih lagi sayang pada bekas kekasihnya. Tapi benarkah semua itu? Aku sekali lagi terdiam, terpaku dan terus membisu, mendiamkan diri...

     "Amar..amarrr! Amarrr! Awak nape ni? Dari tadi saya tgk asyik diam jer. Termenung ntah ke mana. Kenape wak? Saya ader wat salah ke?"
     "Eh. Takderlah. Awak takder wat salah pape pon. Jom lah. Kita balik. Hari pon dah nak senja ni. Nanti lewat plak nak solat maghrib. Jom la."
     "Hurmmm...ye la..."

     Petang tu aku memang rasa lain sangat pabila si Kurt muncul dengan tiba-tiba. Sangat terkejut. Macam cinta tiga segi plak kan. Cuma aku berdiam diri je di depan Ayu. Nak kata ader perasaan cemburu. Hurmm. Ader la gak. Mana taknya. Ex Ayu muncul kembali dalam hidupnya. Setelah setahun setengah berpisah, tiba-tiba muncul. Pastu layan baik punya plak tu. Adoi. Memang cemburu la kot. Hurmmm. Keesokan paginya, sewaktu kuliah Ekspedisi Mendaki Gunung...


     "Oke. Hari ni saya takkan mengajar kamu semua. Cuma hari ni saya nak bagitau nama-nama yang telah saya bahagikan kumpulan. Kumpulan...

Aku terus terdiam walaupun suara Encik Murad garau menyebut nama budak-budak kelasku. Dan Ayu juga terus bermasam muka dengan aku. Agaknya kata-kata aku semalam membuatkan dia terasa kot. Tiba-tiba pintu bilik kuliah terbukak dan...

     "Assalamualaikum sir! Sorry saya lambat. Tersilap kunci jam. Hehe."
     "Waalaikumussalam. Tak mengapa. Len kali kunci jam pakai mangga jangan pakai lutut ye. Haa silalah amek tempat duduk kamu."

     Mataku terbukak luas. Adakah ini benar? Atau mimpi? Yang memberi salam itu tadi. Adalah...bekas kekasih Ayu. Asyraf a.k.a Kurt. Adoi. Camne plak si Kurt ni buleh masuk kelas aku ni? Hurmmm dan sekali lagi berita yang mengejutkan aku...

     "Baiklah. Sekarang saya akan bacakan kumpulan yang terakhir. Amar Shahidan Bin Kassim."
     "Ye, saya sir!"
     "Awak akan berkumpulan dengan Wan Safiyya Ayu Maisara Binti Wan Ahmad Kassim dan Nurul Syamira Binti Daud."
     "(Dalam hati) Yess! Akhirnya aku satu group ngan Ayu. Hehe."
     "Dan juga dengan Wan Asyraf Bin Wan Ismail. Semua dah ader group masing-masing. Setiap kumpulan ader 4 orang yer. Jadi saya nak setiap kumpulan mesti lantik seorang ketua. Supaya senang saya nak berurusan bila kita camping dekat sana nanti. Paham semua? Itu saje untuk kelas hari ini. Assalamualaikum."
     "Waalaikumussalam! (ramai-ramai)"

     Adoi. Aku satu group ngan Kurt. Mampus camni. Haish! Dan muka Ayu ketika itu masih lagi masam. Muram. Macam tak gembira je group dengan aku. Tapi biler saje si Kurt ni menegurnya bukan main lagi dia layan. Tapi hari ni bila aku tegur. Dia jawab macam tak ikhlas je. Haishh! Aperlah silap aku ek? Hurmmm...

     "Ayu..Ayu..Tunggulah jap! Janganlah jalan cepat sangat."
     "Hah! Awak nak aper lagi ni?"
     "Ayu..saya nak tanya. Kenape awak macam marah je kat saya? Dari kelas Encik Murad lagi saya tgk awak masam je ngan saya. Saya ader wat salah ke?"
     "Takder wat salah pape pun. Dah la. Saya ngan Mira nak gi cafe makan. Pliss. Jangan kacau k. Jom la Mira!

     Aku tahu Ayu mesti marahkan aku pasal semalam. Sebab aku layan dia endah tak endah je lepas si Kurt blah dari tempat kami berhenti. Ya ALLAH, berat sungguh hati ini untuk menghadapi semua ini. Belum lagi berpacaran. Adoyai. Bala bala. Tiba-tiba...tett tett! Ader satu msg. Dari Mira. Dan dalam msg tu...

     "Amar. Aku ni Mira. Ayu dah ceritakan kat aku semua pasal korang petang semalam. Ko janganlah risau. Ayu bukan marah kat ko. Cuma hati dia skrang tengah runsing dan kusut sebab kehadiran Kurt. Hati dia macam serba-salah. Dia cakap kat aku dia suka ko. Tapi lepas je si Kurt hadir. Hati nya pada ko dah berubah sedikit. Perasaan sayang dia pada Kurt kembali wujud. Yang tu dia serba salah skang ni. Tengah kusut. Bagilah dia sedikit masa k untuk tenangkan fikiran. Harap ko paham. -Mira."

     Hurmm. Lepas je baca msg Mira tu. Hati aku mula sayu. Sedih. Mana taknye. Perasaan Ayu pada aku kian pudar. Seperti bukan lagi sebagai teman rapat. Kenape dia taknak luahkan je sendiri kat aku? Kenape dia mesti lari dari aku? Dan kenape kehadiran Kurt membuatkan hatinya sayang lagi padahal dulu pernah dia memberitahu dia tak nak lagi memikirkan kisah silamnya. Kenape dan kenape? Aku pasrah. Aperlah akan jadi padaku lepas ni. Hurmmm...Sayu menusuk ke dalam hatiku...

Sedihkan tengok si Amar ni? Bukan main mengharap lagi dia pada si Ayu. Tapi last-last ader jugak masalah yang timbul. Sape kat sini yang bersalah sebenarnya? Aku pun takleh bagi jawapan lagi. Kalo korang nak tahu jawapannya dan aper akan jadi lepas ni, tunggu dan baca ye. Sebab ader lagi kisah menarik sewaktu diorang ni pergi ekspedisi mendaki gunung tu. Kat sana banyak dugaan si Amar tempuhi. Memang betul orang cakap. Kalau cinta kita tulus. Pasti dugaannya pun kuat. Sabar ye Amar. Semoga engko tabahkan hati hadapi semua ini. Untuk itu, aku tujukan diorang lagu feveret aku masa skolah dulu. Hehe. Till then. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...