March 17, 2011

Aku, Ayu dan Epal.

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakanku yang disayangi sekalian.

     Waduh! Udah lamer bener aku tidak tulis apa-apa di blog ini ya! Ya memang! Buzi banget. Sori ya sahabat-sahabatku. Okelah. Aku janji aku akan sentiasa update ye. Paling lewat pon sebulan sekali. Cun x? Kih3! Haaa. Bila tgk tajuk tu mesti tertanya-tanya kan pasal si Amar dengan Ayu ni. Kali ini aku sambung citer diorang. Aper kena dengan Ayu? Dan aper kaitannya sebiji epal dengan diorang ni? Jom layan! Zasss! Zusss! Zisss!

     Hari makin hari aku semakin rapattt sangattt dengan Ayu. Entahlah. Bila dah makin rapat ni. Perasaan itu makin membuak-buak. Tak tahu nak ucap macamane. Memang betul la kan. Orang cakap kalau kita dah suka kat orang ni, apa saje benda kita buat kita xleh pikir dengan normal. Macam benda tu control kita seluruhnya. Kan? Tapi takpe. Aku sentiasa gosok dada supaya hati aku ni tak terbawa-bawa dengan nafsu serakah durjana. Haha.

Pabila waktu kuliah sudah tamat...
     "Ayu..awak buat aper ptg ni?"
     "Ermmm..jap nak mikir. Datin ngan awak kot. Haha."
    
     "Wooooo! (member-member aku sorak sakan). Amar dah pandai cocok bintang wei. Haha."

     "Wei. Mana ader. Aku ngan Ayu kawan je la. Jangan ngade-ngade! Pfftt!"
    
     "Mar. Jom la kita keluar. Nanti kang malu plak awak. Hehe."
     "Kedai Pak Mat nak? Hehe."
     "Ala awak ni. Situ je nak pegi. Jangan ingat kita ni dah kapel taw. Cubit kang! Gatal. Haha."
     "Dah tu nak pegi maner? Situ je paling best nak lepak. Kih3!"
     "Eh eh! Gatal btul pakcik ni. Haha. Takyah la wak. Member kita kan ramai lepak situ. Nanti kena boo lagi. Sape malu. Mak ayah bibik saya jugak."
     "Yor la Cik Ayu oi. Den polow jo!"
     "Oke. Camni. Saya bawak awak gi tmpt baikkkk punyerrrr! Nak tak?"
     "Kat ner tu? Kat ner?!"
     "Ala orang tua ni. Banyak tanya lak. Follow je ye!"

     Ayu terus membawa aku ke tempat yang dituju. Aku masih lagi bingung mana Ayu nak bawak aku ni. Hish! Risau la. Nanti kang dia bawak aku tmpt macam-macam. Naya bro! Waduh! Hati makin kencang. Otak makin serabut. Muka makin pucat. Ayu masih lagi tersengih melihat mimik muka yang pelbagai rupa. Haha. Sampai je tempat tu...

     "Ayuuu! Lawanyaaa tempat ni!" (sambil menarik nafas panjang)
     "Lawa kan? Kat sinilah wak tempat saya slalu lepak sorang-sorang. Sebab saya suka tgk sunset. Sukaaa sgtt! Indahkan cipta ALLAH. Subhanallah."



Pemandangannya lebih kurang gambar di atas

     "A'ah la. Memang lawa. Mana awak tahu tmpt-tmpt camni ni?"
     "Dulu. Masa saya dengan ex saya. Dia yang biasa bawak sy datang sini. Kiterorg picnic skali kat sinilah. Study. Dating. Borak. Ber..."
     "Ber aper wak? Haaaa. Ni mesti buat benda tak senonoh ni. HAHAHA!"
     "Hishh! Awak ni. Kesitu plak. Takdalah. Kat sini lah saya bergaduh jugak dengan dia. Kiterorg pon break pon kat sinilah. Memang tmpt ni is very complicated to explain. Sebab mmg bnyk sgt memori saya dengan dia kat sini. Hurmmm..."
     "Ayu...tak semua yang kita pinta akan termakbul. Macam saya wak. Saya nak sgt mak saya ader bila saya grad nanti. Tapi ALLAH lebih sayangkan. Saya terima dengan hati terbuka. Memang perit wak kalau dipikirkan balik sebab saya hanya ader ibu dan kakak je. Tu pun kakak saya sibuk dengan keluarga dia. Tapi awak masih lagi ader mak ayah kan. Awak patut bersyukur sebab mereka masih lagi di sisi awak."
     "Betul tu wak. Mungkin saya tersilap langkah dulu kot. Saya terlalu nak rasa disayangi. Nak rasa dibelai. Nak rasa dijaga. Nak rasa dikasihi sampaikan saya tak pikir perasaan orang lain pun."
     "Perasaan orang lain? Maksud awak aper? Awak pernah gaduh ngan Mira ke pasal dia?"
     "Eh tak la. Malah lebih teruk dari tu. Saya pernah gaduh dengan mak ayah saya sendiri disebabkan dia. Pada awalnya mak ayah saya tak suka laki tu. Entah nape. Tapi saya tetap hati kering nak kan laki tu. Betul lah orang cakap. Kalau kita buat sesuatu tanpa restu mak ayah. Memang niat kita takkan termakbul kan."
     "Betul tu wak. Saya sangat setuju. Takperlah awak. Sabar je. Learn from mistake. Push to the limit. Push Push Push sampai kuar baby."
     "HAHAHA. Awak ni kelakar la. Time kasih wak. Saya baru je nak emo td. Awak plak buat kelakar. Comel. Hihi."

     Kiterorg berbual punya bual sampai lah satu masa Ayu mengeluarkan sesuatu yang aneh dari begnya. Benda tu berbunyi...Click!

     "Eh. Awak ader DSLR gak? Wahh! Jelesnya!"
     "Hehe. DSLR ni pon merupakan salah satu memori saya dulu. Sori wak terambil gambar awak. Bleh wat bantal busuk malam-malam. Haha."
     "Haha. Bantal golek pon buleh. Saya pon teringin gak nak ada kamera canggih camni. Tapi duit tarak. Untungnyalah awak kan. Hehe."
     "Ala awak ni. Asyik rendah diri je. Taw la saya pendek. Uuuu. Jahat taw! Hihi. Camni wak. Aper kata kita lepak sini sampai isyak nak x? Awak xtengok lagi waktu mlm kat cni cmne. Nak x? Pulissss!"
     "Ermm..boleh tapi xtakot kena tangkap khalwat ke? Kan kita dua je kat sini. Haha."
     "Hish! Awak ni. Takderlah. Kat sini ramai orang. Semua tu kan student2 kat sini jugak. Xyah risau la. Jap je. Pas isyak kita balik la k sayang."
     "(Dengan muka blushing) Err...oke tapi saya gi solat maghrib dulu ye. Jom la solat."
     "Saya...saya..tak leh..solat la awak. Hehe. Paham-paham je ler."
     "Haha. Oke. Saya paham. Saya solat dulu ye. Assalamualaikum."
     "Waalaikumussalam."

     Sewaktu perjalananku menuju ke surau, macam-macam yang aku pikir pasal Ayu. Kusut sangat. Tak pernah dalam seumur hidupku seorang gadis melayan aku sebegitu rupa. Baik sekali. Lanja minum. Kuar tgk pemandangan. Aku memang rasa hepi, seronok, bahagia. Akan tetapi kenapa benda ni berlaku kat aku? Apa yang sebenarnya Ayu nampak dalam diri aku? Aku ni mempunyai ciri-ciri lelaki pilihannya kah? Haishh! Kenapelah yer?

     "(Suara kasar) Assalamualaikum! Haaa berkhalwat ye!"
     "Waalai...Hish awak ni. Terkejut je saya dibuatnya taw."
     "Kalau ye pon jawab la salam tu sampai habis."
     "Ye ye! Waalaikumussalam W.B.T. Haaa. Puas?"
     "Haha. Eh awak buat aper tadi masa saya gi solat? Tak takut?"
     "Takder wat pape. Baca nota je."
     "Eh eh! Rajinnya dia. Dah la rajin. Lawa plak tu. Fuhhh! Memang perfect la awak ni. Hehe."
     "Haha. Awak ni. Pandai plak bergurau. Takderlah wak. Saya biasa-biasa je. Nothing perfect. Kat dunia mana ader sempurna wak. Awak..cuba tgk atas langit tu."
     "Subhanallah! Lawanya wak! Tak sangka kan tempat cmni pon ada kat Malaysia. Hehe."
     "Awak..."
     "Yer saya."
     "Dalam hidup awak la kan. Aper impian awak yang awak tak dapat tunaikan sampai skang?"
     "Sebenarnya impian saya hanyalah satu. Saya nak sangat pergi Mekah dengan mak dengan famili. Menggunakan duit saya sendiri. Hasil penat lelah saya sendiri. Tapi ye la kan. Mak saya dah lama takder. Aper saya boleh buat skang hanyalah belajar dan belajar."
     "Sori wak sebab tercakap pasal hal ini. Oke jangan cedih-cedih k. Ader hikmah di sebalik semua ni. Percayalah. Senyumm. Ala tomei-tomei."
      "Awak ni Ayu...slalu je wat saya malu-malu taw. Dah merah dah pipi saya. Hehe."
      "Haa baru la comel kalo pipi merah. Awak...ni ader dua epal. Saya simpan satu. Awak simpan satu. Kita tulis nama masing-masing. Ni simbol perkenalan kita ye. Saya nak terima kasih sangat kat awak. Saya tak tahu nape. Sebelum ni saya takleh lupakan memori pahit saya dulu. Tapi sejak kenal dengan awak. Ntah la. Saya rasa lain sangat. Perasaan hepi tu datang balik. Hehe. Time kasih wak!"
     "It's oke la. Sepatutnya saya yang patut time kasih kat awak. Yer la awak lanja saya makan, bawak saya jalan-jalan. Rasa terharu sangat. Tapi pasal kisah silam awak tu. Takyahlah nak pikir sangat. Past is the past. Next time kalo awak nak cari someone. Biarlah bersebab ye. Because everything happens for a reason. Jangan sekadar ikutkan perasaan. Takkan kemananye kita nanti."
     "Kan elok kalau saya kenal awak dari dulu lagi. Tak sangka awak macam pakar dalam hal sebegini. Prof gitu. Hihi."
      "Takderlah. Saya hanya belajar. Belajar dan belajar. And learn from mistake. Jangan hanya sekadar tahu dan lepas tahu buat tak tahu. Tu tak elok tu."
      "Time kasih wak atas nasihat awak tu. Jom la. Dah lewat ni. Nanti kang tak pasal-pasal kawin free. Hihi."
      "Kawin free pon aper salahnya kan. Haha."
      "Jahatt!"

     Kiterorg mula mengatur langkah menuju ke stesen bus seperti biasa. Hari tu aku nampak wajah keriangan dia. Tak pernah tgk dia hepi sebegitu. Mungkin betul la aper yang dia lalui sebelum ni. Nampak benar dia btul-btul sayangkan ex dia dulu tu. Tapi mujurlah perkenalan antara aku dengan dia tiada cobaan yang mahu memisahkan kami. Aku harap biarlah ia kekal sebegitu hingga akhir waktu. Sebab bagi aku Ayu sangatlah sempurna. Kalau sesiapa memiliki dia, alangkah ruginya aku. Epal. Sebiji buah yang menjadi titik permulaan dalam perkenalan kami. Di tengah buah itu juga diukir namanya dan juga namaku. Ibarat seperti pasangan kekasih yang baru saje menuai bibit cinta dalam hubungan mereka. Tapi adakah Ayu merasa seperti mana aku rasa? Tak mengapalah. Mungkin buah epal ni menjadi sebagai tanda perkenalan aku dengan dia. Oh Ayu! Terima kasih atas buah epal ni. Akan ku semadikan ia untuk seumur hidupku...



Simbol perkenalan mereka

     Macamana citer si Amar ni? Belum abis lagi la. Ayu baru bagi epal je. Tanda simbolik mereka. Hihi. Baguskan si Ayu. Betul-betul berusaha. Susah nak cari pompuan camtu skang. Selalunya lelaki yang kena usaha lebih. Hehe. Takperlah. Moga mereka sentiasa bahagia di waktu akan datang. Nantikan sambungannye ye. Sebab aku pon banyak keje lain kena wat. Sori ye bro! Ni aku hadiahkan sebuah lagu untuk diorang. Till then. Assalamulaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...